CETUSAN MINDA

...Pembawa Rahmat...


Allah berfirman yang bermaksud, 
"Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi 
rahmat bagi seluruh alam."
(Surah al-Anbiya', ayat 107)







 
 
SAJAK....MAULIDUR  RASUL...
 

12 Rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai Baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insani
Yatim piatu takdir diri
Diasuh Abdul Mutalib bagai anak sendiri
al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah….
Menjadi titik pertemuan wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila

~alFarabius, Skudai (2008)~

 Selamat menyambut Maulidur Rasul...
                 

11 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله :)

Kamek doakan semoga Allah limpahkan kitak kesihatan yang baik dan ketenangan dalam menjalani kehidupan ini..:)

Indah bait-bait syairnya, tenang hati membacanya. Itulah telah lahirnya seorang yang sangat mulia, menampakkan kesucian diri, indah dipermulaanya dan indah juga penghujungnya.

Agar kita tetap dalam jalan yang ditunjukkannya..:)

Salam Maulidarasul..:)

ibuintan said...

sajak yang indah..

slam maulidurasul my dear...

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Selamat manyambut Maulidur Rasul semoga diberkati Allah selalu.

Cikli said...

Salam,

Salam Maulidurrasul.
Pengorbaban Rasulullah S.A.W kepada kita sungguh besar dan mulia.

kakcik said...

Assalamu'alaikum Tinie sayang...

selamat menghayati perjuangan kekasih agung kita. :)

kak Erna said...

as salam tini..selamat menyambut maulidur Rasul

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul my lovely sis tinie :)

indah bait-bait itu...

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie,
indahnya kata2..

nasyid tu,nasyid favourite.... salam maulidurasul

sal said...

bait2 puitis yg indah..

baginda mempunyai sifat2 terpuji yg menjadi idola kepada semua ...

moga semangat perjuangan baginda dicontohi oleh umat islam

Cikguzam said...

Salam Mulidurrasul,
Sesungguhnya panduan dan cara hidup RAsullah adalah yang terbaik untuk kita abadikan dalam kehidupan kita semua. Usaha yang berterusan ke arah kebaikan adalah nadi utama kita ke arah ibadah. Amin

Cikguzam said...

Salam Mulidurrasul,
Sesungguhnya panduan dan cara hidup RAsullah adalah yang terbaik untuk kita abadikan dalam kehidupan kita semua. Usaha yang berterusan ke arah kebaikan adalah nadi utama kita ke arah ibadah. Amin

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran