CETUSAN MINDA

........Gossip!


Salam..
...sekadar ingin berkongsi cerita tentang sikap yang mungkin pernah kita berdepan 
dalam kehidupan seharian.
Terkadang terfikir-fikir juga..
Andailah di antara kita saling hormat sesama kita...
sentiasa mensyukuri segala apa yang ada pada diri sendiri mahupun oranglain
Dan
tidak terlalu taksub untuk mengetahui sesuatu hak oranglain
opss!!
Tapi tidaklah sehingga menyombongkan diri!!
Cuma sewajarnya  cuba mengawal akan diri &tahu batas2 percakapan
Kerana sepertimana terdapat di dalam satu hadis ,
Rasullullah S.A.W ada bersabda,


“Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan ghibah?” Mereka berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda: “Kamu menceritakan tentang saudaramu apa yang dia tidak sukai.” Dikatakan kepada beliau: “Bagaimana pendapat engkau bila apa yang aku katakan ada pada saudaraku itu?” Beliau menjawab: “Jika apa yang kamu katakan ada pada saudaramu maka kamu telah mengghibahinya, dan jika apa yang kamu katakan tidak ada pada dirinya, maka kamu telah berdusta.”
:
:
Bercakap pasal tajuk n3 "GOSSIP"
Bukannya apa...cuma hanya terpanggil untuk bercerita di sini
Insiden ketika ingin menunaikan solat zohor siang tadi...
Dengan memberi salam sebelum melangkah masuk ke satu bilik .....
tetiba terdengar suara
"haa....tu dia....Panjang Umur..."
aikss!!
Tercegang juga....tetiba jee !!
Orang sini terus tanya
"ermmm....sebab pe panjang umurnya ...cakap apa yaa"
Si A jawab...."tak dee laa....saje cakap2 pasal data..."
Dalam hati...
"aiks!!...data???..."
"...haa..adalah tuuuu...."
Dengan senyum yang tawar,...terus beredar ...malas nak panjang2kan isu pasal DATA!..
Lum sempat melangkah...
Salah seorangnya ada sebut....
"..dengar kata nak buat banglow!!!...."
"Hahh!!!..bila masa lakkk nak buat banglow....Fitnah!Fitnah...."
(.....memang fitnahlah kan....dah memang tak betoiii..)
...dahsyat punya gossip!!!!...)

"mesti salah orang niiiiiiii.....tini  lainnnn tuuu..."
sambil terus beredar...
Uhhhhhhh!!! 
macam2!!

:
:
:
Insiden yang membuat diri termangu
Kenapa laa antara kita terlalu sibuk dengan hal oranglain..
Semua ingin diselidik....dijadikan satu isu untuk diperbualkan...
Biar hanya kiasan...
namun terkadang kita boleh menjangka apa yang dimaksudkan oranglain
Agaknya ini lah yang dikatakan manusia yang pelbagai variasi ragam!
Macam2 kerenah 
Ada Diam....Ada Kepohnya
Ada  tenang....Ada  yang berkeceramuk
Dari yang  tidak kisah.....ada pula yang  memang terlalu ambil kisah
Ada  ikhlas.....Ada juga yang bodeknya....
Yang lurus betul bendulnya.....Ada pula yang putar belit bengkang bengkoknya
Ada orang hanya memikirkan  
Apa yang akan dapat...?!
Namun
Ada pula yang  memikirkan 
Apa yang boleh diberi..dicurahkan....
Itulah kita dengan 
ragam kita & orang sekeliling....
yang terkadang 
berlawanan casnya.....bertentangan auranya
berlainan mindanya....bercanggah sikapnya

Uhhhhh!!

12 comments:

Abd Razak said...

:) السلم عليكم ورحمة الله

Moga kitak sihat dan tenang hendaknya serta dalam rahmat kasihan belas~Nya..:)

Begitulah kehidupan kita penuh dengan dugaan dan ujian. Selain bisikan syaitan, teman-teman di sekeliling boleh menyebabkan kita terlibat dengan perkara ghibah.

Biarpun apa yang katakan itu benar sekalipun, ianya tetap merupakan dosa besar kerana ia tidak disukai. Andaikata apa yang dikatakan itu tidak benar ia juga merupakan dosa besar kerana mengadu domba.

Haruslah kita jauhi perkara ghibah dalam diri kita semua..:)

ibuintan said...

assalamualaikum Tinie sayang...

wah... nak beli banglo??
berapa tingkat tu?
berapa bilik tu?
berapa bilik air tu?
berapa juta tu?

Kat mana tu?

adatlah Tinie, ada manusia yang lebih tahu daripada tuan badan sendiri... nak dimarah tak sampai hati pula kan, doakan sajalah kesejahteraan mereka yang suka bergosip2 panas ni..

ieda said...

x suke bergosip .. huhu

salam maulidur rasul kak :)

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

my love sis tinie

lama tak singgah sini.. Maiza jarang on9 sekarang ni.. masa mencemburui sebab rindu singgah jg hehe..

bab bergosip memang tak habis2 la.. kat office maiza mcm2 gosip keluar ada baik buruk kata dorng hehe.. ada hal yg perlu di jaga ada yg sangat tak sesuai kan..

PS: akak.. mn la tau kot2 dapat buat banglo betul2 haa... ;)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie..

wowww..banglow kak!..pheewitt!!..hehe..
eh fida gurau je..jangan marah eh kak. InsyaAllah..moga2 gosip tu jadi doa buat akak. Spt kata mai la, mana tau sok2 bila betul2 dapat buat banglow..Aminn..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Semoga kitak sihat di sinun dan diberkatiNya selalu:)

Begitulah kan ..selagi kita di dalam lingkungan manusia..tidak kan terlepas dari semua ini....

Thanks kitak utk kata2 kitak :)

Pn Kartini said...

To my lovely Sis..IbuIntan:)

Salam my dear sis..:)

Fuuyyooo...juta2 kaa!??aduhaiii
mmg tak pernah terfikir semua tu sis..itu yang malas nak layan cakap2 tu,....huhuhu..:)
MOga sentiasa diberikan kesabaran di hati...dan kesejahteraan utk mereka2 itu...:)

Pn Kartini said...

To my dear dik ieda:)

Salam :)
samalah kita..
memang tak suka...aduhaii

Salam maulidur rasul..
selamat bercuti yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear dik MAiza:)

Salam my dear..:)
Itulah kan..ada jekk yang ringan mulut..agaknya dah spesies peramah kutt..:)
pe2..juz pekak kan telinga..ignore jekklah kan:)


Thanks dear...dalam sibuk2..jenguk juga akak di sini..
Moga Maiza,family esp. adik MAiza..moga sihat:)

p/s: ....dapat percuma NAKKKKK:)

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Salam dear
HUHUhuuhuu.....so far alhamdulillah...sederhana itu yang terbaik..:)
Tidak terfikir rumah nan besar bak istana sedangkan nanti kita 'ke sana'...kecil sahaja tempatnya..
:):)

Moga fida sihat2 dan ceria sokmo dehh...:):)Take care my dear;)

kak Erna said...

assalam tini....begitulah adat manusia kan..hal yang tak benar..suka sangat digembar gemburkan..
semoga tini dilindungi dari perkara2 yang tidak diingini..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dalam keadaan skrg Ckg Kartini, kena baiksangka dan ambiltahu mengenai masyarakat sekeliling! Jika tidak, siapalah yg nak ambil tahu hal2 walimatulurus, hal2 khairat, penderaan kanak2, hal2 musibah kejiranan dan maksiat yg berlaku disekeliling kita. Semuanya perlu dihebahkan krn mengambil-berat hal2 sedemikian rupa adalah ciri2 org2 muslimin. Mana yg tidak benar dan tidak elok tu, kita sisihkan dgn cara baik krn akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya. Sebab ityu jugalah w/pun perkara baik jika boleh mendatangkan fitnah dan mehnah hendaklah kitra hindari demi kebaikan masyarakat. Wallahualam

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran