CETUSAN MINDA

..Penghapusnya DOSA..


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), 
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"

Sesungguhnya,sebagai manusia biasa sememangnya tidak akan terlepas
dari melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak.Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman,penceramah bebas- Dosa yang dilakukan itu sebenarnya menjauhi diri kita dengan Allah!. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Beliau juga ada mengingatkan  agar  jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan
jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.  
Malah,selain itu juga,
 kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
*n3 untuk peringatan diri yang kemigrainan !.....

..Mainan Mata..


Mainan Mata???
Bukan main2 mata yaaa!!
Tapi
OPTICAL ILLUSION...
Yang memang menarik perhatian..!
Itu sebabnya bila sediakan bahan di Papan Kenyataan Untuk Subjek Sc/Bio
Pasti tidak ketinggalan untuk selit tentang Ilusi Optik ni...
Petang tadi...
dalam tercari-cari bahannya...Maka terjumpalah gambar di bawah :


Albert Einstein kan....
Cuba jarakkan diri anda dari skrin/gambar ini....
Anda akan nampak wajah orang lain!!
Siapa ya???
**  Wajah perempuan...dia ni seksi & terkenal dulu-dulu........
;)
Tahu ke???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
V

Ilusi Optik ke-2  :


Wajahnya yang jelas kelihatan.:)
Tapi tahukah anda......disebalik garangnya digambar....ada spesies haiwan lain!
Nampak ???
Takk??
Nampak??Tak???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Nampak??
:)

Ilusi Optik 3

Sila Baca WARNA pada setiap perkataan...
BUKAN baca perkataan yang tertera yaaa!

Lancar ???


Ilusi Optik 4

Saje nak buat pening skit!!....
Sila amati betul2......

Oklah ya...
Itu sahaja untuk bahan santai
Moga ada yang terhibur....!


Syukur Seadanya......

Selepas menghempas pulas ....
Tanpa 'pandang kiri dan kanan'nya..Al-kononnya..erk!
Jam menunjukkan 6.55pm ...
Siap Sebahagian Urusan..
Dengan Kelulusan 78.13%!!!!
Uhh...ada lagi yang FAIL!!!!!
  Mungkinkah
Guru Bionya yang tak pandai ajar!??!!
(Biarpun mengajar bagaikan nak kuar anak tekak)
ATau
Soalan Biologi   pada tahap susah yang amat gaban
(No laaa........rasa normal  jek...!)
Atau
Guru Tak Beri soklan bocor
(takkan sesekali !..)
Atau
Pelajarnya tak minat gurunya....terus tak minat Bionya...
(aikss!...punya lee mesra alam ..tak logik tak minat!!...hehe)
Atau...
Pelajar dah Baca...tak kena soklan spot!
(..uhhh!!tak suka spesies anak murid camni..)
erm..
Walau apa persoalannya..
Syukur Seadanya..


:)
InsyaAllah...
Masih ada masa utk mereka yang kecundang...utk dibimbing!
Gagal tak semesti selama2nya....
Tak ke gitu..
 :p

......InsyaAllah.........

:)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

...Pembawa Rahmat...


Allah berfirman yang bermaksud, 
"Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi 
rahmat bagi seluruh alam."
(Surah al-Anbiya', ayat 107)







 
 
SAJAK....MAULIDUR  RASUL...
 

12 Rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai Baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insani
Yatim piatu takdir diri
Diasuh Abdul Mutalib bagai anak sendiri
al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah….
Menjadi titik pertemuan wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila

~alFarabius, Skudai (2008)~

 Selamat menyambut Maulidur Rasul...
                 

........Gossip!


Salam..
...sekadar ingin berkongsi cerita tentang sikap yang mungkin pernah kita berdepan 
dalam kehidupan seharian.
Terkadang terfikir-fikir juga..
Andailah di antara kita saling hormat sesama kita...
sentiasa mensyukuri segala apa yang ada pada diri sendiri mahupun oranglain
Dan
tidak terlalu taksub untuk mengetahui sesuatu hak oranglain
opss!!
Tapi tidaklah sehingga menyombongkan diri!!
Cuma sewajarnya  cuba mengawal akan diri &tahu batas2 percakapan
Kerana sepertimana terdapat di dalam satu hadis ,
Rasullullah S.A.W ada bersabda,


“Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan ghibah?” Mereka berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda: “Kamu menceritakan tentang saudaramu apa yang dia tidak sukai.” Dikatakan kepada beliau: “Bagaimana pendapat engkau bila apa yang aku katakan ada pada saudaraku itu?” Beliau menjawab: “Jika apa yang kamu katakan ada pada saudaramu maka kamu telah mengghibahinya, dan jika apa yang kamu katakan tidak ada pada dirinya, maka kamu telah berdusta.”
:
:
Bercakap pasal tajuk n3 "GOSSIP"
Bukannya apa...cuma hanya terpanggil untuk bercerita di sini
Insiden ketika ingin menunaikan solat zohor siang tadi...
Dengan memberi salam sebelum melangkah masuk ke satu bilik .....
tetiba terdengar suara
"haa....tu dia....Panjang Umur..."
aikss!!
Tercegang juga....tetiba jee !!
Orang sini terus tanya
"ermmm....sebab pe panjang umurnya ...cakap apa yaa"
Si A jawab...."tak dee laa....saje cakap2 pasal data..."
Dalam hati...
"aiks!!...data???..."
"...haa..adalah tuuuu...."
Dengan senyum yang tawar,...terus beredar ...malas nak panjang2kan isu pasal DATA!..
Lum sempat melangkah...
Salah seorangnya ada sebut....
"..dengar kata nak buat banglow!!!...."
"Hahh!!!..bila masa lakkk nak buat banglow....Fitnah!Fitnah...."
(.....memang fitnahlah kan....dah memang tak betoiii..)
...dahsyat punya gossip!!!!...)

"mesti salah orang niiiiiiii.....tini  lainnnn tuuu..."
sambil terus beredar...
Uhhhhhhh!!! 
macam2!!

:
:
:
Insiden yang membuat diri termangu
Kenapa laa antara kita terlalu sibuk dengan hal oranglain..
Semua ingin diselidik....dijadikan satu isu untuk diperbualkan...
Biar hanya kiasan...
namun terkadang kita boleh menjangka apa yang dimaksudkan oranglain
Agaknya ini lah yang dikatakan manusia yang pelbagai variasi ragam!
Macam2 kerenah 
Ada Diam....Ada Kepohnya
Ada  tenang....Ada  yang berkeceramuk
Dari yang  tidak kisah.....ada pula yang  memang terlalu ambil kisah
Ada  ikhlas.....Ada juga yang bodeknya....
Yang lurus betul bendulnya.....Ada pula yang putar belit bengkang bengkoknya
Ada orang hanya memikirkan  
Apa yang akan dapat...?!
Namun
Ada pula yang  memikirkan 
Apa yang boleh diberi..dicurahkan....
Itulah kita dengan 
ragam kita & orang sekeliling....
yang terkadang 
berlawanan casnya.....bertentangan auranya
berlainan mindanya....bercanggah sikapnya

Uhhhhh!!

..Stress Paling Ditakuti-->BURN OUT!!..





Menurut Profesor Dr Mohamad Hussain Habil,
Ketua Bahagian Psikiatri dari 
Universiti Malaya Specialist Centre,
Burn Out merujuk kepada gangguan emosi,mental dan fizikal yang disebabkan stress yang 
berlebihan & berpanjangan.








TANDA-TANDA  SESEORANG ALAMI BURN OUT  :

  *  Hilang minat dengan pekerjaan yang dilakukan dan produktiviti kerja menurun secara 
      drastik ataupun perlahan-lahan.

*  Tiada apa pun yang mampu memberi motivasi untuk datang ke tempat kerja

*  Sering merasa putus asa,kesal,tiada tenaga dan tidak dihargai langsung oleh orang sekeliling 
    mahupun pihak majikan

*  Tiada lagi minat,keceriaan dan keikhlasan untuk datang ke tempat kerja &
    hanya datang kerja
    kerana merasa terpaksa untuk bekerja & untuk mendapat gaji semata-mata

*  Kerap mengambil cuti sakit/cuti kecemasan walau tidak sakit!
*  Merasakan setiap harinya amat buruk & majoriti hari yang dilalui hanya berfikir tentang 
    perkara negatif

*  Datang bekerja namun fikiran jauh melayang ke tempat lain

 *  Kerap menangguh pekerjaan & cuba mengelak dari  
    tanggungjawab yang diberi dengan 
    memberi pelbagai alasan  & sentiasa memberi 
    tugasan kepada oranglain
*  Agresif,cepat marah dan sensitif

*  Personaliti tidak terurus & tidak berminat  dengan 
    aktiviti sosial 

*  Mudah mendapat sakit seperti selsema,sakit kepala 
    dll

*  Meninggalkan tempat kerja awal dan sering datang 
    lambat

*  Mengguna ubat-ubatan/alkohol  untuk melegakan 
    tekanan yang dihadapi

*  Peringkat terakhir & paling kronik , mungkin sampai tahap berhenti kerja atau 
    lebih buruk lagi diberhentikan kerja!!!


Andai ada gejala-gejala di atas pada diri kita...
berwaspadalah!


Sumber  :  i-Sihat Februari 2011

Memang Menakjubkan!...


Tahukah anda...
Pengamal perubatan Cina menggunakan telur puyuh sejak beribu-ribu tahun lampau 
dalam mengubati penyakit lelah,penyakit kulit,batuk dan beberapa penyakit lain.
Sehinggakan pada hari ini,telur puyuh banyak digunakan dalam bidang perubatan 
di Rusia & Poland.Malah ada juga dijadikan dalam bentuk 
kapsul yang boleh 
didapati di farmasi-farmasi di 
Perancis,Switzerland,Jerman & United Kingdom.


Kandungan Telur Puyuh

* Mengandungi 3-4 kali ganda nilai nutrisi 
berbanding telur ayam biasa

*  Paras protein & vitamin yang tinggi iaitu 
13 % protein & 140% Vitamin B1 keperluan harian dan kaya selenium

*  5 kali ganda Zat Besi & Potassium 

*  Ovomucoid(sejenis protein dalam telur putih)
yang terkandung dalam telur puyuh mampu mencegah simptom-simptom berkait dengan 
alahan & resdung


Manfaat Kesihatan


*  Ubati gangguan penghadaman- gastritis,ulser perut & ulser duodenal

*  Bantu sembuh penyakit anemia dengan membenarkan badan menghasilkan paras 
    haemoglobin dan membuang toksin serta logam berat dari darah.

*  Bantu rawat penyakit TB,asma,kencing manis & mempunyai kesan anti kanser 
   & membantu singkirkan batu karang dari hati,buah pinggang & pundi hempedu

*  Menguatkan otot jantung

*  Baik untuk kesihatan lelaki terutama bagi atasi mati pucuk,menyuburkan kelenjar prostat

*  Baiki fungsi otak & tingkat daya ingatan serta melancar sistem saraf

*  Menguat sistem imun & melambat 
    penuaan organ

*  Membantu meningkatkan metabolisme 
    badan

*  Berkesan merawat alahan badan  
     terhadap sesuatu makanan/bahan

* Daging puyuh pula lebih baik dari 
   daging ayam kerana kandungan
    proteinnya lebih 
    tinggi & rendah lemak.



 

* Sumber  : Anis/Bil 160

Pesanan..







Nasyid Raihan : Pesanan Buat Kita..


Wahai manusia janganlah kau lupa
Kita ini adalah hamba pada Nya
Kita dijadikan untuk membuat kebaikan
Bukannya untuk membuat kemungkaran

Wahai manusia kitalah hamba Nya

Kita harus sabar mentaati Nya
Kita harus sabar meninggalkan larangan Nya
Dalam mengejar cita-cita mu
Janganlah kau cuba mengambil jalan yg mudah
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain
yg bukan dari milik mu

Dalam persahabatanmu janganlah mengkhianati

Sahabatmu yang sejati
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji
Jika tidak menepatinya

Hitam putih susah senang kehidupan

Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
Carilah keredhaan Nya



..Bila Hati Menyapa...









..Dekat Di Hati....

Salam..


Pertamanya..
Ucapan jutaan terimakasih tidak terhingga untuk teman-teman yang sentiasa ada di sini..
Sama Ada
Memberi ucapan takziah..
mahupun kata-kata semangat serta nasihat yang dititipkan.



Terus-terang di sini...
dalam berdepan dengan takdirNya...
Sememangnya diri ini mengakui seorang yang  lemah 
Menerima kehilangan yang bagaikan  sekelip mata..
Tanpa dijangka ..Tanpa diduga.....
Namun itulah kehendak & SuratanNya 
Ajal Maut di tanganNya...dan bila sampai masa dan saatnya...
tidakkan mungkin ia tercepat atau terlewat walau sesaat sekalipun
Pasti dijemputNya jua...

Inilah yang dikatakan kerahsiaanNya...sepertimana satu petikan sebagai peringatan untuk diri ini
:
:
:
.....Kerahsiaan detik kematian itu adalah rahsia Allah untuk memberi peringatan
supaya manusia membuat persediaan setiap masa sebelum kematian datang menjelma
kerana ia akan muncul secara tiba-tiba

Moga...
dengan hari nan berlalu...
dengan dorongan semangat & nasihat teman-teman...
serta keimanan diri
InsyaAllah...
kekuatan itu pasti ada...
&
Pastinya...
Untuk tika ini dan selamanya.....
hanya iringan doa yang berpanjangan  dari seorang anak tanda kasih sayang nan abadi...
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayahanda tercinta..
Amin.








LISTEN TO QURAN

Listen to Quran