CETUSAN MINDA

INFO DIET


1) Buahan Kering Baik Untuk Diet

Tahukah anda, buah kering merupakan makanan penghasil tenaga yang baik. Satu kajian yang dilakukan oleh Gene Spiller, ahli nutrisi dan Pengarah Health Research and Studies Center di Los Altos, California mendapati kismis mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol. Dalam penelitiannya, semua responden yang mengamalkan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan gandum, termasuk 400 kalori kismis setiap hari, kadar kolesterol dalam darahnya menurun sehingga 8 peratus...!!




2) Epal kurangkan kandungan kolesterol
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang gemar makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak dalam badan.





3) Air turunkan berat badan
Antara fungsi air di dalam tubuh badannya ialah menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan sisa-sisa toksid. Selain itu, air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minum dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum cukup yang air, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik. Dengan itu, proses penurunan berat badan lambat berlaku. ‘The British Dietetic Association’ menyarankan orang dewasa minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buahan-buahan, teh dan kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cecair yang diperlukan oleh tubuh badan. Jika anda sedang menjalani program diet, tambah sebanyak 750ml lagi.


layouts myspace


5 comments:

sis_nita said...

takut lak saya ni.. saya ni berat badan agak berat gak lerr.. tapi lately saya mmg amalkan minum air putih bebanyak..

gud info ni kak.. maceh yerr..

Pn Kartini said...

Dear...
kolesterol tk melihat pada berat seseorg..sbb ia duk lam salur darah..kalau yg berat ringan pun..tp tk jaga pemakanan..kolesterol tinggi jugak...ehem!! Jadi pakar pemakanan jap!!

Pasal minum air bebanyak tuuu...bagusssss!!:):)

Abd Razak said...

Salam...:)

kamek tidur berbekal ngan air kosong :) tgh mlm bgn jak minum hihi

Pn Kartini said...

Salam...:):)
Bagus utk kitak..:):)

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it is time to be happy. I have read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or advice. Perhaps you could write next articles referring to this article. I want to read even more things about it!

Feel free to surf to my page - only the best review

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran