
Allah SWT mencabar golongan yang ragu-ragu dgn kebenaran al-Quran dgn pelbagai cabaran.Dalam surah al-Baqarah ayat 23 umpamanya Allah SWT berfirman :
Sekiranya kamu ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami maka datangkanlah satu surah yang serupa dengannya, dan undanglah pembantu-pembantu kamu selain daripada Allah sekiranya kamu terdiri daripada mereka yang benar.
Bahkan Allah SWT juga mencabar seluruh manusia dan jin utk mencipta sesuatu yg serupa dgn al-Quran seperti mana dalam Surah al-Isra ayat 88 :
Katakanlah sekiranya dikumpulkan para manusia dan para jin untuk menghasilkan sesuatu yang serupa dngan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat menciptanya walau mereka saling bantu membantu antara satu sama lain.
Cabaran Allah ini telah disahut oleh seorang proipagandis Palestin-Amerika bernama Anis Shorrosh. Beliau telah menulis sebuah buku yang dinamakan sebagai "Furqan al-Haqq"

Quran palsu ini mengandungi 61 Surah Palsu Ayat yang paling banyak bilangannya ialah 31 ayat dan yang paling sedikit bilangannya ialah 5 ayat. Berapakah jumlah surah al-Quran dan berapakah bilangan ayat yang paling banyak dan paling sedikit?
Tahukah anda jika sekiranya bilangan ayat mengikut susunan dari surah pertama hingga surah ke 61 dimasukkan dalam sel-sel microsoft exel.,satu bentuk graf akan terlakar. Bandingan corak taburan bilangan ayat lawan nombor surah dalam Quran Palsu bikinan Anish Shorrosh. Apakah bentuk susunan graph tersebut?.

Corak taburan seperti ini dinamakan sebagai taburan rawak, maksudnya tiada bentuk tertentu dan berselerakan. Sila amati dengan teliti dan bandingkan dengan corak taburan bilangan ayat lawan nombor surah al-Quran di bawah. Apa bezanya?
Apakah anda juga boleh membina satu lukisan yang bermakna dengan Quran palsu ini?
Namun Maha Kuasa Allah...



*** Pernah mengikuti seminar PASAK ,Pengukuhan Akidah Menerusi Mukjizat Sains dalam Al-Quran oleh Prof Madya Dr Mohd Arip B Kasmo & satu penemuan ilmu yang cukup mengagumkan..Maha Besar Allah..