CETUSAN MINDA

Memburu KHUSYUK Dalam SOLAT..


Khusyuk merupakan kekuatan solat. 
Tanpa khusyuk  solat seakan tidak mempunyai makna..
Satu cara usaha mendatangkan kekhusyukan dalam solat,
dengan mengetahui  makna bacaan dalam solat ..
 Solat akan sempurna bila ada kekhusyukan dengan menghadirkan 
hati dan fikiran hambaNya
agar tidak lalai daripada mengingati
 Allah s.w.t....




BACAAN & TERJEMAHAN DALAM SOLAT


 Doa Iftitah

 


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al Fatihah



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). 
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam (2) 
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (3) 
Yang menguasai hari pembalasan (4)
Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja 
kami mohon pertolongan (5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6)
Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai
 dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7). 

 
   Ruku'


 

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat Kepujian-Nya.



I'tidal



Allah mendengar orang yang memuji-Nya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


 Doa Qunut




Sujud



Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan sifat Kepujian-Nya.


Duduk diantara dua sujud



Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku,
 angkatkanlah darjatku, 
berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, 
sihatkanlah aku dan ampunilah aku.



Tahiyyat Awal



Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tahiyyat Akhir

 
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
 Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
 Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.  Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana 
Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung




Salam






Salam sejahtera dan rahmat Allah keatas kamu.









 ------- (@) --------

"Ya Allah bantulah kami untuk mengingatiMu, 
bersyukur kepadaMu, 
dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu"





"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami 
kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,
dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,
sesungguhnya Engkau 
Maha Pemberi."


 Ampunilah Ya Allah..Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah 
dalam menghadirkan kekhusyukan yang sepenuhnya ..
  Tuntunlah hambaMu ini...
Permudahkanlah..Jangan disulitkan Ya Allah...



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran