Pernah berlaku satu peristiwa,
seorang ulama diuji dengan kehebatan AL-QURAN
oleh seorang Nasrani seraya berkata,
" Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi
ini tertulis di dalam AL-QURAN,
cuba kau nyatakan kepadaku secupak gandum boleh
menghasilkan berapa keping roti? "
Lalu ulama itu berkata,
" Baiklah,esok akan aku khabarkan kepada kau."
Pada keesokan harinya,
bertemulah kedua-dua orang tadi
dan ulama tersebut terus berkata,
" Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti."
dan
Nasrani tadi bertanya,
" Dari mana kau dapat jawapan ini."
Ulama itu menjawab,
"Aku bertanya kepada tukang pembuat roti."
Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama
dan berkata,
" Kau kata semua ada tertulis di dalam AL-QURAN?"
" Ya."
Kata ulama tadi dan membaca sepotong ayat
AL-QURAN
di dalam surah al-Nahl,
Inilah yang tertulis di dalam AL-QURAN.
Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan AL-QURAN
dan
terus menerima ISLAM sebagai agama.
Begitulah hebatnya AL-QURAN.
Ia sememangnya sesuai untuk semua zaman
kerana
di dalam AL-QURAN terkandung perkara
yang TELAH BERLAKU,
yang SEDANG BERLAKU
&
yang AKAN BERLAKU.
AL-QURAN ,
Mukjizat teragung yang kekal hingga hari ini..
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan
yang melupakan kehebatan
AL-QURAN.
InsyaAllah..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang
mempelajari al-Quran
(membaca dan memahami maknanya) dan
mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari)