CETUSAN MINDA

Berserunya BUMI





Berkata Anas Bin Malik r.a; 
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada 
manusia dengan 
10 perkara :

1. Wahai anak Adam! 

Berjalanlah di atas perutku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,
 tetapi ingatlah! 
Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan kecewa di dalam perutku.
 
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku. 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan 
dan bintang di belakangku,
 tetapi ingatlah! 
Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, 
tetapi ingatlah! 
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.












3 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Ya kitak, pasti kita semua akan dimasukkan ke dalam bumi apabila ajal datang menjemput. Dan, kita perlu beringat bahawa hanya takwa dan amal soleh yang bisa menyelamatkan kita di dalamnya.

Moga kitak sihat...:)

Zaitun said...

Pastinya semua akan dimasukkan ke dalam bumi cuma yang banyak bekalan saja yang selamat dan aman disana.

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak & Sis Zai:)

Salam..:)

Masih dalam menimba amal & bekalan yang terlalu sedikit ini...Moga pencarian itu berkekalan dan dlm peliharaanNya jua..amin

:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran