CETUSAN MINDA

4 Perkara Sebelum TIDUR..






4 PERKARA SUNNAH DILAKUKAN 
SEBELUM TIDUR 


Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara":
1. Sebelum khatam Al-qur'an
2. Sebelum memjadikan para Nabi memberimu syafa'at di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Bertanya Siti Aisyah ra:
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara 

seketika dalam semalam?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
1. "Jika engkau tidur bacalah Surah Al-ikhlas 3x seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-qur'an."






Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.   
Allah itu selama-lamanya menjadi tumpuan segala hajat. 
Tidak beranak dan tidak diperanakkan. 
Dan tidak ada sesuatu yang setanding dengan-Nya



2. "Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat." 



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad
 dan ke atas keluarganya. (3x)


3. "Beristighfarlah untuk para mukminin  

maka mereka akan meredhai kamu."



 
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, 
yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri,
 dan aku bertaubat kepadaNya (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir(3X)

 maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."




Olahan Sumber : 
Msg peringatan dari K som di whatsApp..
Tq K Som..
:)
 

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..:)

Ya kitak, tidur itu mati sementara maka Nabi s.a.w. mengajar kita agar sebelum roh kita terpisah dengan jasad, disarankan olehnya untuk kita melakukan ibadah zikir sebelum tidur, dan mudah-mudahan jika roh itu tidak dikembalikan Allah ke jasad, Allah anugerahkan kematian yang baik kepada kita.

Dan kamek nak tambah, ada sunnah Rasulullah s.a.w yang barangkali kebanyakkan dari kita lupa untuk mengamalkannya iaitu bercelak sebelum tidur.

Daripada Jabir bin `Abdullah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

“Hendaklah kalian bercelak dengan celak Al-Ithmid ketika hendak tidur, kerana sesungguhnya ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

MulutPayau said...

terima kasih atas perkongsian ni dear..

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak & My lovely sis MP:)

waalaikumusalam..
Dulu2 masa budak2 pernah juga mencuba celak mekah Al-Ithmid makbonda dalam bekas unik tembaga :)

To Sis MP..
MOga sama2 dpt manfaat!
Take care sis:)

Fudhail Abdillah Alkaff said...

Sukron. Jazakallah khoiron katsir...

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran