CETUSAN MINDA

...FLASHBACK- 5 Hari!..



Assalamualaikum..

Pertamanya..
Terima kasih buat teman2 yang sudi mendoakan 
kesembuhan anakanda Aisha dalam 
ruangan komen utk n3 yang lepas..
Moga kalian sentiasa dipelihara dan dirahmatiNya selalu
Amin...
:)


N3 kali ini
Flashback Al-kisah Si Aisha :
:
:
:
V

Hari Sabtu,
3 November 2012 
 Aisha mengadu sakit tekak!
Petang dan malam..dah start batuk..
 Batuk tiba2 melarat hinggalah 2 malam berturut
Batuk tidak henti..
hinggakan terganggu tidur..
dan badan Aisha mula panas..demam!
Yang pelik..
Walaupun dah diberikan ubat demam... 
badan Aisha tetap panas.

Hari Isnin..
5 November 2012
- bawa Aisha ke klinik biasa...& dari pemeriksaan 
stestoskop doktor..
Kata doktor
Paru2 Aisha OK!
 
Tapi malam tu..
batuk menjadi2 & badan Aisha agak panas!


 Hari Selasa
6 November 2012
- Terasa ada sesuatu yang tidak kena pada Aisha..
Pagi selasa...
Aisha dibawa berjumpa dengan Pakar
& setelah di X-ray..
Di dapati kedua belah  paru2 mengalami jangkitan!
Pneumonia Positif!
(..cepat pula kali ni kena jangkitannya!..
setelah 3 hari batuk!..)
:(

 Maka..
ber'tapa'lah si Aisha bersama makbonda
di ward!

 -------------------<@

Rakaman Peristiwa:
 Ward Hari 1: 
SELASA- 6 NOVEMBER 2012

..Aisha masih demam!
Wajah pun tidak ceria..



Rakaman Peristiwa:
 Ward Hari 2: 
RABU- 7 NOVEMBER 2012

....Aisha masih lagi demam!
Biarpun begitu..Alhamdulillah..
selera makan Aisha tak dek masalah!
Untuk hilangkan rasa boring,
sempat juga makbonda main dam ular dengan Aisha!
...........dan sempat juga layannn 'Adam& Hawa' 
di Youtube!
erk!
:P



Rakaman Peristiwa:
 Ward Hari 3: 
KHAMIS- 8 NOVEMBER 2012

..Hati makbonda mula risau bila demam Aisha 
masih juga  tak baik2..
kejap 37.2..kejap 37.4...kejap..38..kejap..uhh!
Aktiviti Aisha lak sama jee..Kejap menulis..kejap main dam ular..
kejap bernebulizer..kejap Zzzzz
Makbonda lak....
'berperang perasaan geram' dengan proses
'menge-tick' band PBS yang slowwwwwwww linenya!
Uhhh!


Rakaman Peristiwa:
 Ward Hari 4: 
JUMAAT- 9 NOVEMBER 2012

..Aisha ke Bilik Fisioterapi!
Ditepuk2nya belakang Aisha utk buatkan Aisha batuk..
(..thanks to Achik Ida..)
satu kaedah utk kanak2 membuang kahak!
Yang best! 
Aisha dapat 'mainan' baru- alat utk latihan pernafasan!
Aisha hanya berjaya menaikkan bola pertama(bola plg ringan)
dan bila dicubanya lagi menarik nafas lebih dalam..
baru laa..naik sedikit bola tengah!
Aduhaii..
Sesiapa yang berjaya menaikkan  bola ke-tiga(plg berat)..
menunjukkan peparu yang sihat!

Oh ya..
Masuk hari ke-4..demam Aisha dah mula kebah
Alhamdulillah
:)
Syukur!


Rakaman Peristiwa:
 Ward Hari 5: 
SABTU- 10 NOVEMBER 2012

..Aisha dah takk demam!
Alhamdulillah...
 Menunggu masa utk pulang!!!
 :)




Sekian..
Catatan dairi Makbonda.


p/s:
Utk K ju..
tksh kerana byk tlg selesaikan kerjabuat ..,memandangkan orgsini terpaksa cuti awal
seblm berakhirnya cuti persekolahan tempohari!
 Tq for everything!
:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran