CETUSAN MINDA

..Di Sebalik Ke- ELEGAN-an..



BAHAYA  BERKASUT TUMIT TINGGI


Berkasut tumit tinggi  memang membuatkan penampilan seseorang wanita nampak lebih bergaya & ELEGAN...namun di sebalik itu boleh mengundang bahaya serta masalah kesihatan!

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , 
kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.


Di antara keburukan berkasut tumit tinggi 
yang terlalu lama :

- kencing tidak lawas, masalah belakang & tulang pinggul,kesakitan pada bahagian 
  rahang, leher dan   kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah 
  kesuburan

- Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi 
  pendek  hingga menyebabkan sakit tumit.

- Dengan  memakai kasut tumit tinggi akan mengubah cara jalan seseorang dengan 
  mengenakan pusat  graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 
   26 peratus pada  lutut iaitu  kes biasa osteoprosis.


- Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor 
   Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 
   peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

- Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit 
  tinggi ialah neuroma akibat daripada  kaki yang dipaksa  masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan.
  Pemakaian dalam jangka masa yang panjang ini boleh menekan saraf dan mulalah terbentuk tisu
  di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan 
  untuk  memulihkannya.



- Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita  
  berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang 
  bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan 
   menyakitkan.




- Masalah lain yang biasa berlaku sekiranya tersilap langkah yang 
  boleh menyebabkan  terseliuh pergelangan kaki. 

- Andai cara  berdiri ketika pemakaian kasut tumit tinggi  tidak 
  seimbang ,ia boleh  beri kesan kepada organ dalaman kepada 
  saraf kaki dan lain-lain urat dibawah betis   dan paha..
  Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri 
  yang tidak seimbang   setiap kali memakai kasut bertumit 
  setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada 
  organ dalaman dan kesuburan wanita.

- Hasil kajian akibat dari pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan rambut gugur,leher, kesakitan pada lutut, sendi, tulang belakang, bahu & boleh juga penyebab kepada pening kepala!







Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar mengelakkan dari 
pemakaian kasut bertumit tinggi ini bagi menyelamatkan diri daripada mengalami 
pelbagai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan.
 
 
ermm....
JANGAN  PAKAI  KASUT BERTUMIT TINGGI!!






 
Tapi..
Kalau setakat.....
 





agak-agak kena  cari kasut lain jugak kee??
...erkk!
:p


24 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum kitak..:):)

MOga kitak sihat hendaknya lebih-lebih lagi dah mula bertugas semula di sekolah..

Ya, semua wanita kena beri perhatian kepada masalah ini. Biarlah tak nampak bergaya asalkan kesihatan tetap terjaga terutama di bahagian kaki tu.

Thanks..:):)

ibuintan said...

memang tak boleh berkasut tumit tinggi ni, paling tinggi pun 2 in tu pun dah sakit kaki

memang nampak bergaya dan elegan tapi kalau mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, tak payahlah bergaya sakan

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebenarnya dlm kehidupan ini, ramai waniota lebih faham akan akibatnya tetapi dek mengejar `glamour` mrk sanggup menanggung risiko. Paling tidak pun mrk akan memberi jawapan, `tak sangka boleh jadi sampai begitu`! Sebenarnya kesan sampingan mmg lebih byk dari yg diberi cuma biarlah wanita sendiri yg menerangkannya mungkin baru mrk boleh menerima kenyataan! Wallahualam

ieda said...

haaa gud info nie kak
sib baik selama nie saya pakai 2 1/2 inci paling tinggi :)

kak Erna said...

salam tini..
terima kasih atas info..
akak ni.tak pernah berkasut tumit tinggi..
kalau gambar yang mula2 lagilah tak pernah..kalau setakat satu setengah tu..pernah jugak sesekali..
dulu masa akak nak khwin..puas kena marah..
sedara mara kata mana ada pengantin pakai kasut sampan..katanya..he he..

Afida Anuar said...

Assalamualaikum..my dear kak tinie.
Ingatkan koleksi kasut2 akak dah yang gambar first tu..hehe..

alhamdulillah, fida tak pernah pakai kasut tumit tinggi. Dan takde pun kasut tumit tinggi ni...yang ada sandal takde tumit tu je. Nasib baik opis amalkan pemakaian kasual. Suka hati nak pakai kasut ke..sandal ke. Tak kisah;)

PS: thanks akak for the info. Patut di sebar2kan ni..

Zaitun said...

Mungkin juga sakit kaki dan lutut yang kak Zai alami sekarang ada kaitan dengan kasut tumit tinggi. Dulu masa muda kak Zai suka bertumit tinggi sebab kak Zai golongan orang yang tak berapa tinggi hehehe...

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

my lovely sis Tinie

hehe.. alamak maiza memang penggemar kasut tinggi.. tapi bukan la seperti cth atas sekali.. ala-ala contoh no 2 tu ja hehe... kalau pakai yg tapak terlalu rendah.. terasa bila berjalan nak terkena kaki sendiri mcm nak jatuh ja huhu..

office maiza.. ada protokol berpakaian.. t.kasih info ni kak..

Kamsiah said...

salam
saya tak pernah beli/pakai kasut tumit lbh dari 2 inci...biasanya 1 inci atau 1 inci setengah ja..kalau ke supermarket...pakai sandal ja..bkn apa,kita dok catwalk dgn kasut tinggi..tau2 suami dan anak2 dah tinggalkan kita dibelakang

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Tinie,

Nak cantik, kadang2 terlupa akibatnya. Dah sakit baru perasaan kesilapan yang dilakukan.

Kunang-Kunang said...

Sekali lagi Sis,

Kalau free jemput ambik award di blog akak.

Pn Kartini said...

To Mr Abd Razak:)

Salam:)
Moga ktk sht2 juak di sinun:)

Aukk..memang benar...masa tuk muda2 siklah terasa lagi sakitnya...tapi kesannya kan terasa juak bila dah berusia!...aduhaii..:)

tq yaa:)

Pn Kartini said...

To my dear Sis IbuIntan:)

Salam kak..
Moga akak sihat2 biarpun dah sibuk di awal2 tahun sekolah nii..:):)

Tulahkan...beringat sebelum sakit!Bila dah terkena sakit itu ini,,baru laa nak menyesal..

:)

Pn Kartini said...

To Mr Sifu Tajnur:)

Salam:)
opss!serious ktk owhh:):)
Tapi mmglah benar apa yang ktk madah tukk
Moga nasihat2 ditimbang2 ..difikir2 oleh kaum wanita sekalian:):)

thanks yaa kitak:)

Pn Kartini said...

To my dear dik ieda:)

Salam:)
Ooo...tulah kann..2in ke 21/2 in dah kira tinggi kann...aduhaii..

Pn Kartini said...

Salam my dear sis,Kak Erna:)

heheh...tersenyum baca kisah akak nii..:):)Baguskan kiranya akak selamat dari semua risikonya tu..:)

Moga akak sihat2 di hujung minggu:)

Pn Kartini said...

To my dear dik Fida:)

Salam:)

Oooooooooo......seumur hidup akak memang tak merasa lee kasut setinggi ituu.....lainlah kalau akak model kan kan..heheh

Dulu kak tini santai jugak..tapi bila dah ada protokolnya di sekolah..terpaksa lee cari bertumit skit..huhuuh:)

Pn Kartini said...

To my dear Kak Zai:)

Salam sis..:) betullah kan..
sakit kita ni sebenarnya drp kesan masa2 dulu...sampai saat dan ketikanya..datanglah penyakit itu ini kann..:)

Pn Kartini said...

To my dear Maiza:)

Salam dik:)

hehehe..kasut akak lah tu yg kedua tuhh,..tapi mmg bwk kasut spare yang tumit rendah..kut2 lahh..tetiba kaki sakit..hehhehe

Pn Kartini said...

To my dear Sis Kamsiah:)

Salam:)
hehehe...betul jgk tu kann..:)
kita sakan bercatwalk...tup2 gubra kena tinggal nanti..:)
Biasa pakai kasut2 nih..time g kerja jekk..kalau tak..santai jugak niih:)

Pn Kartini said...

To my dear sis Ani.:)

Salam:)
MOga akak diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala...amin..

...betul tu kak..bila dtgnya penyakit baru tersedar..menyesal..aduhaii

Pn Kartini said...

To my dear sis Ani:)

Salam:)
Tmksh sis...utk award yg diberikan
Thanks utk ingatan..
tapi maaf yaa sis..tag tuu adusss susah skit nak jwb..heheh
Aci kan kan :):)

n.hasleena said...

salam kak...
sypun tak tahan bertumit tinggi...sakit kaki rasanya :)

Pn Kartini said...

To my dear dik Leena:)

Salam:)
baik beringat sekarangkan...
dari menanggung risikonya kemudian hari:)

Moga dear sihat2 di sana yaa:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran