CETUSAN MINDA

Pening Ke?



PENING??

ermm..n3 ini bukan pening selepas exam PTK semalam yaa..
Yang berlalu tu...biarkanlah ia dalam lipatan sejarahnya...
Apatah lagi PTK yang telah dimansuhkan..
Ada rezeki....termasuk kuotanya...Opss!
InsyaAllah...;)

 Apa Yang ingin dikongsikan di sini
adalah antara cara yang
boleh diamalkan ketika pening kepala!

Moga sama-sama mendapat info  :

Caranya


1. Letakkan tuala panas atas kepala atau bahagian belakang leher anda. Haba dari tuala itu akan membantu mengendurkan otot-otot tersimpul di bahagian ini.


2. Minumlah kopi yang pekat atau minuman bertenaga. Kafein mengurangkan pembengkakan pembuluh darah, dan dengan demikian dapat membantu untuk meringankan sakit kepala. Inilah sebabnya mengapa kafein merupakan bahan dalam beberapa ubat penghilang rasa sakit tambahan-kekuatan seperti Anadin Extra.


- Namun ada juga artikel menasihatkan agar  mengurangkan pengambilan kafein seperti  kopi kerana   pembuluh darah yang sempit akan menambahkan lagi rasa pening!Jadi bagi mereka yang tidak tahan pada kafein,anda tidak digalakkan mengambilnya!


3. Perah dua beg teh peppermint yang basah dan tempatkan ia di atas mata tertutup atau dahi selama lima minit.


4. Jika anda mempunyai sebuah vapouriser


-Tambahkan 7 titis minyak lavender
-Tambahkan 3 titis minyak peppermint
-Bernapaslah dengan vapouriser tersebut.
-Atau anda juga boleh cuba menyembur beberapa titis minyak peppermint ke tisu dan menghirup dalam-dalam beberapa kali.


5. Teh herba boleh digunakan untuk membantu meringankan rasa sakit t kepala ketegangan. Pilihlah antara peppermint atau chamomile yang mana boleh membantu anda rileks dan menenangkan.


6. Luangkan waktu untuk merihatkan fikiran anda. Visualisasikan adegan tenang, seperti hutan hijau atau laut biru, dan mengambil nafas dalam-dalam.
 .....Gambar di bawah sengaja diperbesarkan...untuk kita membayangi rasa nyaman dan indahnya ciptaan Ilahi...

........menghayati keindahan alam...membayangi kedamaiannya...pasti menenangkan...

7. Ketegangan di leher dan bahu sering  menjadi penyebab kepada sakit kepala.


Urut  bahu, leher atau kawasan lain di mana anda merasa ada ketegangan. Minyak Lavender boleh menjadi campuran ke dalam minyak urut untuk membantu rasa relaks.


8. Guna beg ais ke leher anda selama 10 minit.


9. Ketegangan sakit kepala boleh disebabkan oleh ketegangan mata. Tutup mata anda dan tekan dengan telapak tangan masing-masing dengan ringan, dan tahan selama 2 minit. Ulangkan dalam setiap 10 minit

10. Lawati kedai kacamata anda untuk memastikan anda tidak perlu kacamata.


11. Sakit kepala boleh disebabkan oleh dehidrasi. Tingkatkan pengambilan air anda menjadi antara 6 dan 8 gelas sehari.


12. Cubalah menguap untuk mengurangkan ketegangan wajah.


13. Pergi ke tandas, kadang-kadang ini membantu.


14.   Jadual waktu yang berubah juga mampu menjadi pemicu  sakit kepala!



PERHATIAN

-  Jika sakit kepala dirasakan lebih parah pada waktu pagi hari berbanding siang hari,petanda adanya Tekanan darah Tinggi!

-  Jika ada sakit kepala diikuti rasa sakit di bahagian mata ,telinga atau gigi,menunjukkan terjadinya infeksi!






* Sumber  : Gabungan artikel dari Reader's Digest kiriman teman..(tq yaa..!)
&
Bahan Bacaan Majalah i-sihat Nov 2010

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran