CETUSAN MINDA

Jangkitan...AWAS !!....

TAHUKAH  ANDA??

Jangkitan Pundi Kencing boleh berlaku kepada kaum lelaki maupun wanita..namun kekerapan biasa  dialami terhadap wanita terutama apabila  meningkat usia 40!

Jangkitan pundi kencing atau sistisis terjadi apabila bakteria memasuki saluran kencing seseorang menyebabkan uretra dijangkiti & menyebabkan inflamasi.

Gejala jangkitan pundi kencing ialah urin keruh dengan berbau kuat atau busuk. Seseorang itu juga dikatakan mengalami kencing tidak lawas di mana walaupun baru sahaja mengosongkan pundi kencingnya... namun masih lagi terasa untuk membuang air kencing!




Jangkitan pundi kencing dirawat dengan antibiotik,akan menghapus bakteria 
daripada saluran kencing.
Selama perubatan,pesakit dinasihatkan juga minum air yang banyak agar 
meningkatkan pembuangan air kecil,yang sekaligus membantu mengeluarkan 
bakteria dan mempercepat penyembuhan!

Dikatakan juga...minum jus cranberry dapat membantu mengurangkan kepekatan bakteria dalam air kencing!

Semoga sama-sama mendapat info!!!
:)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran