CETUSAN MINDA

Tanpa Kita DUGA..


Tengahari tadi,
satu pengumuman dibuat tentang kutipan yang akan dibuat
untuk seorang pelajar perempuan yg merupakan atlit sekolah yang mengalami kecederaan yang serious ketika perlawanan kejohanan Sukan !
Tertanya juga ...langgar tiang ke?.....langgar sesama atlit ke semasa berlari..atau.....
uhhh!memang jadi tanda tanya..!
Risik punya risik 
rupanya pelajar berkenaan  mengalami keretakan tulang yang serious
dan memerlukan pembedahan...
Siapa sangka...hanya acara berjalan kaki tetiba dia jatuh!
gambar hanya hiasan...!


Sehubungan itu juga ...
Kutipan derma dibuat serta merta...
al-maklumlah...
selagi tiada ongkosnya....selagi itulah tiada pembedahan yang dibuat!!
aduhaiii...:(
&
difahamkan ..
pelajar berkenaan yg juga merupakan harapan keluarga bukanlah dari keluarga berada..
cuma dari keluarga nelayan.....
Alhamdulillah....kutipan selamat diserahkan pada ayah si pelajar!

Bila berdepan dengan insiden ni..
bimbang juga yaa...andai yang si muda yang mengalaminya
maka kebarangkalian utk si tua macam gurunya ini tidak mustahil juga utk alami!

Petikan dari satu artikel di antara punca kejadian tulang retak/patah  :

- Kurangnya pengambilan Kalsium  yg menyebabkan berlaku osteoporosis
erk!! ...org sini kejap ambil susu Anlene... kejap tak...huhuu

-  Retak bahana kecederaan  yang lampau
ermmm....pernah dulu2 terjatuh angkara terkezut dengan si tikus!!!

- Terjadi semasa bersukan & beriadah di mana latihan yang tidak mencukupi atau latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi!
erkk!!baru semalam main badminton dengan tidak warm-up!!dah lee tu...tak berkasut sukan yang sesuai!..huhu..:P:P


 
ermm..
itulah kan...sememangnya perlu beringat dalam apa jua
kita buat..
Terkadang apa yang dirasakan ringan..difikirkan remeh..
itulah yang membuat kita berdepan dengan masalah yang sebaliknya..
Mohon dijauhkan....!




Pe2...
semoga pelajar berkenaan diberikan kekuatan & ketabahannya menghadapi 
dugaan dariNya jua....
Dan  semoga pembedahan untuk memasukkan 'tulang besi' berjalan dengan lancar....
InsyaAllah...




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran