SEBAB MUSABAB PERLU ANDA KURANGKAN
G.U.L.A
GULA Mengganggu Fungsi Tubuh
Dalam satu kajian menyatakan apabila tubuh menguraikan gula,asid toksik iaitu pyruvic acid yang terbentuk akan memberi kesan negatif kepada sel tubuh dengan menghalang penyerapan oksigen ke dalam sel darah merah secara menyeluruh.
Keadaan inilah yang memulakan gejala negatif kepada tubuh yang menggangu kekebalan fungsi tubuh.
GULA Hilangkan Mineral/vitamin Dari Tubuh
Gula yang dikatakan sukar untuk diurai menyebabkan tubuh terpaksa mengguna banyak vitamin & mineral utk singkirkan toksin ini & ini membawa kepada kekurangan zat badan.Antara kesannya menyebabkan badan mudah rasa penat & malas!
Selain itu juga,gula yang berlebihan akan mengakibat pereputan gusi kerana kalsium ditarik dari tulang/gigi utk membantu melindungi darah dari ketidakstabilan asid yang dicetus dari kandungan gula yang tinggi.
GULA Buatkan Otak Menjadi Lemah
Gula mampu membuat otak hilang fokus hingga membuat kita mudah merasa mengantuk!
Jika anda dapati diri anda secara tiba-tiba bertukar menjadi pelupa atau sukar mencongak angka meskipun pengiraan yang mudah,maka itu adalah mungkin anda terambil
makanan manis yang berlebihan!
Ini kerana otak memerlukan Glutamic Acid utk berfungsi dengan sempurna & keperluan ini banyak terkandung dalam makanan tinggi Vitamin B .
Malangnya,gula yang diproses ini mampu membunuh bakteria di dalam usus yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan Vitamin B tambahan.
GULA buatkan anda Gemuk!
Satu kajian yang diterbitkan di dalam Journal Of The American Medical Association,
menunjukkan bahawa individu yang mengambil gula secara berlebihan ,tidak kiralah
dari sumber apa pun akan cenderung mempunyai kadar lemak tepu yang tinggi dan
kadar kolesterol baik (HDL) yang rendah.
Ini merupakan berita buruk kerana kandungan lemak tepu yang berlebihan akan meninggikan
risiko mendapat serangan angin ahmar /stroke!
Selain itu,ini akan memperlahankan tahap metabolisme tubuh yang boleh mengundang kepada kegemukan dan juga menjadi punca utama diabetes.Kesimpulannya.....
Kurangkan Gula Dalam Minuman....Tambahkan Gula dalam Senyuman...
Biarpun hidup ini tidak selalunya semanis gula.....
;)
S.M.I.L.E !
** Olahan Sumber : Bahan Bacaan Rapi Mac/2011