Tahukah anda
perubahan pada kuku sedikit sebanyak membantu para doktor mengesan sesuatu penyakit.
Di antaranya :
* KUKU PUTIH
- Masalah pada hati,atau kemungkinan masalah pada jantung,diabetes,kekurangan nutrient
* WARNA KEBIRUAN PADA PANGKAL KUKU
- Menandakan kitaran darah yang tidak lengkap & gejala penyakit jantung
* KUKU MEREKAH/ TERTANGGAL
- Andai kuku kusam,kekeringan,rapuh dan tertanggal,ia berkait dengan penyakit tiroid
- Andai kuku merekah & berwarna kuning pucat,kemungkinan jangkitan kulat
* SEPARUH BAHAGIAN HUJUNG KUKU BERWARNA MERAH MUDA/
COKLAT & KUTIKEL BERWARNA PUTIH
- Gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik
* TIMBULNYA KERUTAN MELINTANG & KUKU KELIHATAN KUSAM
- Kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak,
cacar air,masalah jantung ,syndrom Reynaud(kejang urat jari tangan & kaki akibat sgt sejuk)
* KUKU BERBENTUK SUDU (KOILONYCHIA)
- Kemungkinan gejala kekurangan Zat Besi,Anemia
* LAPISAN MERAH MEMBUJUR PADA KUKU
- Menandakan pendarahan pada salur kapilari.Garisan-garisan berganda merupakan
gejala penyakit darah tinggi
* KUKU KEBIRUAN
- Boleh menandakan tubuh kita tidak mendapat cukup Oksigen,
& juga gejala jangkitan peparu iaitu pneumonia
* PERTUMBUHAN KUKU KELIHATAN LAMBAT,TEBAL & MENGERAS
SERTA KEKUNINGAN
- Masalah sistem pencernaan yang kronik
* TIMBUL BINTIK-BINTIK PADA KUKU
- Adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik)
* TERDAPAT LENGKUNGAN BERLEBIHAN PADA PANGKAL KUKU
& SEKITAR HUJUNG KUKU
- Gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru),
penyakit kardiovaskular atau hati.
* GARISAN GELAP DI BAWAH KUKU
- Perlu rawatan segera kerana dikhuatiri melanoma,penyakit kanser kulit yg merbahaya!
Perlu diingatkan,
Peningkatan usia akan menyebabkan juga struktur kuku berubah & hal ini biasanya
tidak mempunyai kaitan dengan dengan masalah kesihatan.
Jika menghadapi masalah kesihatan,disarankan berjumpa doktor
berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku!!
INFO TAMBAHAN :
* HUJUNG KUKU KELIHATAN PANJANG & ADA KEHITAMAN
SISA-SISA KEKOTORAN
- Tanda tibalah masa MEMOTONG kuku anda!!!!!!!!
:p
Sumber : i-Sihat April 2011 & laman web HCV New Drug Research