CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

Ops!! Jangan Terlebih Sudah...


Makanan yang terhidang sememangnya memikat selera yang memandang..
Terkadang  bagaikan tindakan luar kawal
mencuba satu persatu apa yang ada..
Aduhaii...
satu bulan berpuasa bagaikan nak rak menurunkan berat badan
bila time raya...wow!!mendadak lak angka timbangan..aduss

Sebagai peringatan utk diri ini juga...
Moga info ini dapat tersemat di minda...menguatkan semangat..menjitukan disiplin
ops!..disiplin dalam penjagaan pemakanan di musim raya  beb!..uhhh!
InsyaAllah... 

PERTAMA

Elak risiko 'terkejut' sistem perut  :
~ Sebulan berpuasa ,perut dalam keadaan rehat..kurang makanan yang diprosesnya..
Bila raya , individu yang makan terlalu banyak  boleh mengakibatkan
kadar metabolik mereka 
semakin tidak stabil ..dan lambat utk dibakar atau diproses !
Moralnya...makanlah secara berhemah..:)


KEDUA

Alas Perut  :
  Sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang..disarankan  makan alas perut seperti buah-buahan /sayuran.
Dikatakan cara ini akan memberi lapisan kepada usus supaya lemak tidak diserap dengan banyak ke dalam dara memandangkan buah/sayuran kaya dengan serat! 

  Antara buah yang baik dimakan ialah buah limau, epal hijau, kiwi dan salad.

KETIGA

Elak Kafein :
Elak  pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Bukan kopi dan teh sahaja yang mengandungi kafein, air bikarbonat juga mengandungi kafein selain 
daripada kandungan gulanya yang tinggi...!!!

Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya, apabila kita makan makanan berlemak, minumlah air suam dan jus buah sebagai alternatif.

Salah satu cara penyerapan lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan soy lecithin sebelum makan makanan berlemak. 
Makanan tambahan ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang 
akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar..



KEEMPAT

Elak Kerepek!!..
Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi.

Bahan makanan bergoreng dan mengandungi oksida tinggi ini boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelesaiannya mereka disarankan mengambil bahan anti-oksida seperti vitamin A, C dan E.

Jika mahu makan kerepek, pilihlah kerepek daripada jenis dipanggang seperti emping jagung. Jika suka makan kekacang pula pilihlah kacang parang atau kacang kuda yang mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi.

Jangan makan makanan mengandungi protein sekali gus. Sebagai contoh, makan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus hanya akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan.

Protein lain seperti daging dan sotong akan terus menjadi toksin yang sekiranya tidak dibuang akan menjadi penyebab penyakit seperti migrain dan masalah-masalah lain.
 

KELIMA 
Biskut Raya??

Ehem!Untuk peminat biskut raya..
(tak lain tak bukan..org yang menaip ni haa..hehee)
Untuk peringatan diri ini ..
Biskut raya sememangnya   tinggi lemak dan kolesterol 
selain daripada  lemang, dodol, rendang,  ketupat dll.
Ini kerana kandungan bahannya  kaya dengan
gula, marjerin/mentega, telur, dll
yang mengundang penambahan berat badan!



KEENAM

Minum Air :
          ~ Pastikan  minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum.



**  Untuk bahan bacaan tambahan sila klik!! 
:)




Olahan Sumber Dari : Utusan Malaysia/09

Tangan dihulur..Seikhlas Di Hati...

Ramadhan makin menemui penghujungnya...
Syawal makin mendekati,
Di Hari Raya nanti  pasti kita sekalian mengambil kesempatan saling  bermaafan
antara satu sama lain..
Sesungguhnya amalan berjabat tangan sesama kita adalah amalan yang disunahkan &
merupakan perbuatan yang sering dilakukan oleh Rasullullah SAW.

Sepertimana sabda Rasulllulah SAW yang bermaksud  :

 
Bila berjabat tangan..bersalaman...
Biarlah ia menggambarkan seikhlas di hati ..dan bukan satu paksaan..


Sekadar ingatan,
Antara  Perkara Yang Perlu Diperhatikan Tika Bersalaman  :
*  Berjabat tangan dengan hati yang redha dan ikhlas kerana Allah
(..pasti ada keberkatanNya)
*  Tidak cepat-cepat melepaskan jabat tangan 
(...tanda kita meraikan dan benar2 memohon maaf..)
*  Tidak memaling pandangan
(.....pasti kan terasa terkilan bila sekadar berjabat tangan tanpa bertentang mata...)
Menampakkan rasa kecintaan & kemesraan tika bersalaman
(....sekurang-kurangnya berilah senyuman..)

*  Tidak berjabat tangan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya
(...jangan pula apa yang baik dijadikan haram pula...)
 

  Tangan dihulur...Semesra Kata
Terasa dekat ...Terpaut di hati...
  Maaf-bermaafan ..sesama kita
       Moga bahagia...Di Aidilfitri nanti.


Untuk Teman Sekalian...


............sudi kiranya menerima kad yang tidak seberapa ini.....:)

Salam buat teman-teman sekalian...
tidak kira di mana jua berada..
Atas dasar ikatan persahabatan yang terjalin
sememangnya kalian  sentiasa terpahat di hati...


Sempena menjelangnya 1 syawal
Dengan rasa rendah diri ..ampun & maaf dipinta
Andai ada kekurangan & kesilapan.
Semoga di hari lebaran nanti..disambut dengan penuh kesyukuran
& bahagia selalu...
:)


**************************




Kad dari Teman blogger...Terimakasih...
Moga ukhwah sentiasa terjalin


Daripada  :  Maiyah

Daripada :  Sis CkLah
Daripada  :  Mr Penjejak Maya
Daripada : Mr Jinggo
Daripada : Sis Idalara
Daripada : KakCikS
Daripada : Mr Abd Razak
Daripada : Mr Zool
Daripada : Ikan Emas

Selamat  Hari  Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran