CETUSAN MINDA

Penawar Duka Pengubat Sengsara....






KISAH TELADAN....


Diceritakan dalam sebuah kitab,
seorang lelaki petani yang mempunyai sawah yang luas,
di mana pada tahun tersebut berlaku kemarau yang amat panjang.
Hal ini menyebabkan hasil tanamannya tidak menjadi 
bahkan tanah kering kontang  serta merekah 
kerana kepanasan lantaran tanpa 
hujan dalam tempoh
yang panjang.



Suatu hari ,
beliau pergi ke kebunnya sambil berwuduk dan bersolat hajat.
Kemudian membaca firman Allah SWT   
yang bermaksud  :


Sehingga Aku berkata kepada mereka ,
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
Sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.
Sekiranya kamu berbuat demikian,
Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu.
Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan  banyaknya
 harta kekayaan serta anak-pinak,
dan ia akan mengadakan bagi  kamu kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai 
mengalir di dalamnya.


( Surah Nuh : 10-12)


Selepas itu,
mulalah si petani beristighfar dari pagi hingga ke petang 
dan pada waktu petangnya menjelma kepada malam,
Maka turunlah hujan yang sangat lebat
dengan awan hitam yang banyak.

Begitulah berkatnya
kelebihan berISTIGHFAR....














2 comments:

anyss said...

assalamualaikum,
terima kasih dengan perkongsian

Abd Razak said...

Assalamualaikum... :)

Istighfar bisa memberi jalan keluar dari kesempitan, serta kian dekat dengan Allah SWT.

Moga Allah kasih dirimu serta sihat selalu..aamiin

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran