CETUSAN MINDA

..Diam Itu Indah..






KISAH  TELADAN...


Abu Hurairah RA berkata  :

Ada seorang memaki Abu Bakar al-Siddiq RA
sedangkan ketika itu Rasullullah  SAW duduk,
maka Rasullullah SAW DIAM,
begitu juga Abu Bakar RA DIAM .
Kemudian ketika orang itu  diam,
Abu Bakar membalasnya
Maka segera Rasulullah SAW bangun dari tempatnya
lantas dikejar oleh Abu Bakar RA
 sambil bertanya :

" Ya Rasulullah SAW, dia memaki saya dan engkau DIAM,
Ketika saya jawab lantas engkau bangun dan pergi?"

Jawab Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Malaikat telah mengambil semua makian orang itu
kepadanya ketika engkau DIAM
dan ketika engkau menjawab caciannya,
maka pergilah malaikat itu dan duduk pula Syaitan,
Kerana itu saya tidak suka duduk di tempat yang ada Syaitan. "





Pujangga Berkata...

Carilah bahagian anda dalam DIAM
Kerana orang DIAM selalu disegani.
Orang yang tidak banyak berbicara akan selalu dicintai,
Sedangkan bencana selalu lahir  dari ucapan.

Menyendirilah beberapa saat untuk merenung hal-hal 
yang kita hadapi untuk membaiki diri,
Untuk memikirkan akhirat
dan untuk membaiki 
dunia




Petikan Ilmu : 
Permata Buat Orang Yang Beriman Jld 1
- Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri-











2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Allahu Akhbar..
Perkongsian yg baik..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Moga kitak sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan yang baik...aamiin

Sungguh lidah kita tok, jika banyak bercakap banyak pula salahnya, bagus jak diam daripada mengeluarkan kata-kata yang mana mungkin boleh menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Hati yang baik akan mengeluarkan kata yang baik...:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran