CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

DIAM


Tidak dapat dinafikan kita  sememangnya tahu akan keburukan dan dosa bila mengungkap kata-kata yang sia-sia atau dengan kata lain mengumpat akan seseorang..Namun kita sering alpa untuk mengawal lidah dan bagaikan penglipurlara dengan mudahnya menyusun bicara mengolah cerita tentang sesuatu kepada si pendengar yang setia.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara berhikmah yang  membawa kepada manfaat sama ada utk dirinya mahupun oranglain.
Oleh itu, DIAM merupakan  benteng bagi lidah  dari  mengucapkan perkataan yang sia-sia..


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam :
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Antara Madah Untuk direnungkan  :

* Banyak Berdiam Tidak Semestinya BODOH, 
Banyak Cakap Tidak Semestinya CERDIK, 
Kerana Kecerdiakan itu Buah Fikiran, 
Orang Cerdik Yang Pendiam Lebih Baik Dari Orang Bodoh Yang Banyak Cakap!

* Menasihati Orang Yang Bersalah, Tidak Salah,
Yang Salah ..Memikirkan Kesalahan Orang
Tanpa Mencerminkan Akan diri & 
Memikirkan Kelemahan Diri Sendiri..

* Kalau orang yang menghina Kita,
Bukan Kita Terhina Sebaliknya Orang Itu Menghina Dirinya Sendiri 
Dengan ini..untuk peringatan kita bersama,
lidah yang dianugerahkanNya ini.. andai sentiasa membicarakan  yg baik sudah pasti mempamerkan  hati yang baik dan bersih yang akan memberi banyak hikmahnya....InsyaAllah.



Rawatan Pembersihan Terbaik..




Ginjal antara organ penting dalam sistem perkumuhan di mana ia membersihkan darah dengan menyingkirkan garam yang berlebihan,racun atau apa jua bahan yang tidak diperlukan dalam badan kita.
Namun,akan terdapat juga pengumpulan garam yang berlebihan di ginjal mengikut peredaran masa dan mendatangkan mudarat kepada kita nanti.Maka adalah penting rawatan pembersihan dilakukan & terdapat cara yang terbaik boleh kita amalkan.

CARA  :
-       Beberapa tangkai pasli (gambar) yang dibersihkan
-       Potong halus dan letak ke dalam mangkuk yang berisi air kemudian didih selama 10 min
-       Biarkan sejuk dan tapis
-       Isikan ke dalam botol dan simpan ke dalam peti sejuk
-       Amalkan minum satu gelas sehari dan ini akan membantu penyingkiran garam atau bahan asing yang terkumpul di ginjal melalui air kencing.

** Pasli merupakan bahan rawatan  pembersihan ginjal semulajadi yang TERBAIK!!

Maklumat Tambahan  :

Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

** Sumber  : Kiriman email teman.TQ :)

..Indahnya...


...............................................................................................................................


Award dari Mamawana... :)
Thanks Sis...Suka sgt!!!
:)
Sebagai tanda terimakasih...terimalah....
** Juga khas buat Kak Ani..(KerdipanRohani),TK & Sis kamsiah
atas kesudian hadiahkan award sebelum ini....Tq yaa..:) 

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran