CETUSAN MINDA

...Menyuntik INSPIRASI..





Rest jap..!



Terjah blog CM
Sekadar mengalih tumpuan
dari tugas yang diamanah
:)


UNTUK PERINGATAN DIRI INI JUA....

Usah Bersedih...

Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan
dan tidak nampak jalan keluar,
USAH BERSEDIH!
Ingatlah kisah Nabi Yunus as 
yang terperangkap di dalam perut ikan.


Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh 
manusia di sekelilingmu
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah Aisyah ra
yang sabar setelah difitnah sehingga
satu kota memperkatakannya.


Andaikata kamu rasa kesunyia
dan keseorangan serta tiada yang membantu,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Adam as
yang diturunkan ke muka bumi bersendirian
sebelum bertemu kembali dengan Hawa


Andaikata kamu rasakan tiada kewajaran
akan apa yang perlu kamu lakukan,
serta detikan hati tertanya
mengapa ianya terjadi,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Nuh as
yang tanpa keluh resah 
dan tanpa tahu sebabnya,
terus membina bahtera yang besar 
tanpa soal.


Andaikata kamu diherdik dan dicerca
oleh saudara mara kamu sendiri
lantaran kamu memilih agama 
dan kehidupan akhirat
berbanding kehidupan dunia,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Muhammad SAW
yang dipulaukan dan diperangi
oleh keluarga baginda yang terdekat...


Maka..
Usahlah Bersedih








3 comments:

Abd Razak said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

:)

Ya, dalam keadaan kita buntu, difitnah, dicaci dan sebagainya cubalah perhatikan daun yang jatuh, ia tak akan pernah menyalah dan membenci angin yang bertiup. Kerana itu janganlah pernah menyalahkan takdir, ketika hidup dalam dugaan.

Malam yang panjang akan tiba juga siangnya..

:)

mamawana said...

Alhamdulillah. Nice sharing.

Syira Shahar said...

Nice sharing sis =)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran