CETUSAN MINDA

DIAM





Dari Abu Hurairah r.a 
meriwayatkan bahawa 
satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a 
sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. 
Orang itu terus mencacinya sedangkan 
Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. 
Lantas Nabi s.a.w tersenyum. 
Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan,
 lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. 
Mendengarkan akan jawapan itu, 
Nabi s.a.w begitu marah, 
 bangun, 
lalu 
meninggalkannya.









Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w 

di belakangnya 
dan 
berkata: 

Ya Rasulullah ,  
apabila orang itu terus mencaciku 
engkau masih tetap duduk 
dan 
apabila aku menjawabnya,
 tuan nampaknya marah dan bangun?



Nabi s.a.w menjawab: 
Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, 
seorang malaikat bersama denganmu
 yang mana sedang
 menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu,
 tetapi apabila kamu menjawabnya semula, 
malaikat itu meninggalkanmu, 
dan syaitan telah datang di antara kamu, 
dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan,
 oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.


(Hadith Riwayat Ahmad)








Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  
Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka 
yang kita ketahui,
 ALLAH  lebih mengetahui. 
Walaupun sebanyak buih di laut, 
keampunan dan kasih sayang ALLAH
 jauh lebih luas daripada itu.

Semoga ALLAH mengampuni 

segala dosa-dosa
 dan 
Semoga diri tidak tergolong di kalangan
mereka yang suka mencaci sesama insan...

In Sha Allah..








LISTEN TO QURAN

Listen to Quran