CETUSAN MINDA

..ALPA....








Terlalu obses dengan tugasan harian
terkadang diri terlupa akan
 5 perkara...

Sesuai dengan peribahasa
 Sudah terhantuk baru terngadah

Begitulah kita..

 Masa sihat,
Terlalu taksub dengan itu ini
Terkadang itu jugalah
Terlupa dengan diri sendiri
&
Akhirnya
Memakan diri...
Maka
:
:
:
:
:
Kerana itu
Beringatlah Wahai Diri

Sihat

Sebelum

SAKIT
:
:
:
:
:
:
V









Bukan Kerana Nama



***
Terjah blog CM..

Seperti biasa
Sekadar merehat minda seketika
:)
Sambil menghayati 
setiap baris puitis yang diiringi 
irama indah..
 
Ada makna TERSIRAT
dari apa yang TERSURAT




Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Ini hanya satu kehidupan
Hanyalah satu kehidupan

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan



Aku MENULIS
Bukan Kerana NAMA







Tenang Itu Indah..































...Menyuntik INSPIRASI..





Rest jap..!



Terjah blog CM
Sekadar mengalih tumpuan
dari tugas yang diamanah
:)


UNTUK PERINGATAN DIRI INI JUA....

Usah Bersedih...

Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan
dan tidak nampak jalan keluar,
USAH BERSEDIH!
Ingatlah kisah Nabi Yunus as 
yang terperangkap di dalam perut ikan.


Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh 
manusia di sekelilingmu
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah Aisyah ra
yang sabar setelah difitnah sehingga
satu kota memperkatakannya.


Andaikata kamu rasa kesunyia
dan keseorangan serta tiada yang membantu,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Adam as
yang diturunkan ke muka bumi bersendirian
sebelum bertemu kembali dengan Hawa


Andaikata kamu rasakan tiada kewajaran
akan apa yang perlu kamu lakukan,
serta detikan hati tertanya
mengapa ianya terjadi,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Nuh as
yang tanpa keluh resah 
dan tanpa tahu sebabnya,
terus membina bahtera yang besar 
tanpa soal.


Andaikata kamu diherdik dan dicerca
oleh saudara mara kamu sendiri
lantaran kamu memilih agama 
dan kehidupan akhirat
berbanding kehidupan dunia,
USAH BERSEDIH!
Ingatilah kisah nabi Muhammad SAW
yang dipulaukan dan diperangi
oleh keluarga baginda yang terdekat...


Maka..
Usahlah Bersedih








..Bukan Mainan Kata..












..Cerita Ceriti..




Assalamualaikum
:)


n3 kali ini
Nak santai je
Rasanya dah lama tak post n3
dairi bergambar ni
:)

LAst n3 pasal dairy di sini
Cerita ceriti lam cuti
& n3 kali pun tentang cerita ceriti lam cuti juga
Sebagai kenangan kepada tuan blog
:)
Cuti sekolah  kali ni..
Tuan blog  tak ke mana2
Kiranya dapatlah siapkan markah bio trial spm ni
:
:
V
 Macam biasa..bila menanda kertas jawapan ..
Ada je yang menyentap perasaan..
Uishh!
Tapi tak apa..buat salah sekarang....masih ada masa utk di'asak'
SPM nanti ..in Sha Allah 
anak2 didik kan  buat yang TERBAIK..
aaminn..
:)



Cerita :
:
:
:
:
:
V

MAin masak2 
bersama Chef Aisha
:p
:
:
V

Menu save budget namanya!..
Piza Roti Pita + mashed potatoes&gravy
Anakanda Sha memang suka sangatlah menolong!
Senang kerja makbonda
:)

eemmm....Piza save budget just guna pemanggang ajaib je!
(kes malas nak ambil oven yang ber'kurun' duk atas kabinet!erkk!..)
Mashed potatoes..lum master lagi tu..sos belum mencapai piawaian
Tapi tak pe...satu2 masakan..kalau nak betul2 menjadi..kena try banyakkkkk kali
(ayat penyedap hati...memotivasi diri skit)





Ceriti :
:
:
:
:
V
Anak lelaki Vs Anak Perempuan
Memangggggggggg  jauh beza karektor
Memang tak nafilah kan
Yang abang....biasalah nama pun lelaki
Cuma Alhamdulilah
Bab2 study mengadap buku tak perlu makbonda suruh
:)
Yang adiknya
Japp
:
:
:
:
:
V
 ermm....sekali tengok meja Aisha..nampak cam study sakan jeee..
Rupanya..ops!
Dah pandai nak bergaya tuuu..
Uishh!
Tak cukup majalah ...buat 'research' lakk lam tennet
Aduhaii



Apa2 pun 
Itulah ragam anak2
Mereka juga lah penghibur hati
Anugerah Ilahi
:)
Syukur

MOga mereka menjadi anak2 
yang soleh & solehah
Aamin...


:)


Okaylah
Sekian
Kenangan dalam Cuti!
:)

Pinjam gambar anak sedara yang
tomei tomei achik nihh!
:)





SMILE!








DIAM





Dari Abu Hurairah r.a 
meriwayatkan bahawa 
satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a 
sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. 
Orang itu terus mencacinya sedangkan 
Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. 
Lantas Nabi s.a.w tersenyum. 
Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan,
 lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. 
Mendengarkan akan jawapan itu, 
Nabi s.a.w begitu marah, 
 bangun, 
lalu 
meninggalkannya.









Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w 

di belakangnya 
dan 
berkata: 

Ya Rasulullah ,  
apabila orang itu terus mencaciku 
engkau masih tetap duduk 
dan 
apabila aku menjawabnya,
 tuan nampaknya marah dan bangun?



Nabi s.a.w menjawab: 
Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, 
seorang malaikat bersama denganmu
 yang mana sedang
 menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu,
 tetapi apabila kamu menjawabnya semula, 
malaikat itu meninggalkanmu, 
dan syaitan telah datang di antara kamu, 
dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan,
 oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.


(Hadith Riwayat Ahmad)








Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  
Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka 
yang kita ketahui,
 ALLAH  lebih mengetahui. 
Walaupun sebanyak buih di laut, 
keampunan dan kasih sayang ALLAH
 jauh lebih luas daripada itu.

Semoga ALLAH mengampuni 

segala dosa-dosa
 dan 
Semoga diri tidak tergolong di kalangan
mereka yang suka mencaci sesama insan...

In Sha Allah..








..Kelebihan Yaasin : 82..







Apakah 
RAHSIA dan KELEBIHAN
dari 
Surah Yaasin ayat 82?

:
:
:
:
:

V





Surah Yasin ayat 82 .
Ia boleh diamalkan untuk SEMUA HAJAT .

Baca dengan yakin
dan
berserah padaNya..
In Shaa Allah

Ketika baca  ayat 82 ini,
 Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati 
dan 
sambung dan akhiri dengan "fayakun".



















..Bagaikan Pohon ..






Melakukan amal ibadah, amal soleh 
dan seluruh perbuatan baik secara
 terus menerus, 
setahap demi setahap,
 ibarat membangun benteng diri yang kukuh.


Mengurus batu-bata satu persatu 
secara terus menerus hingga akhirnya berdirilah
 sebuah bangunan yang megah. 
Inilah amal yang dicintai Allah, 
yakni melakukan kebaikan dan ibadah 
tanpa henti meskipun 
 hanya sedikit.




Beramal sedikit demi sedikit tetapi
 terus menerus juga ibarat :

* Menanam benih pohon.
* Membe
rinya baja.
* Menyiraminya dengan air.


Pohon itu adalah jiwa kita sendiri. 
Baja dan airnya adalah amal-amal ibadah dan keimanan.
 Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus-menerus 
juga sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman 
sehingga ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu. 
Akar pasti mencengkam kukuh tanpa goyah
Sebegitulah dikiaskan sebagai
ketetapan iman  dalam diri.
Hasilnya, 
jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik 
serta menjejaki tangga-tangga
 ke arah kesempurnaan.


 :)








..Terserah pada PILIHAN..





Bukan sekadar lagu..


Andai mendalami setiap baris lirik yang tersurat
Ia ada maksud yang tersirat


Segalanya tanya pada diri sendiri
Ingin berubah atau tidak
Terpulang pada empunya diri
Sama ada   mencari jalan untuk ke arah kebaikan 
atau 
sentiasa beralasan 

Segala terserah pada pilihan
Tepuk dada tanyalah IMAN..





"Seandainya rebah....KAU masih ADA"




NIAT yang Terdetik ...






Tuhan tidak melihat pada perbuatan seseorang
 tetapi pada apa yang ada dalam hatinya. 
Perbuatan zahir boleh menipu
 tetapi apa yang terdetik 
dihati hanya Allah 
yang tahu. 
Oleh itu 
lakukanlah sesuatu 
perbuatan itu  semata-mata kerana 
Allah bukan kerana manusia






.. Mencari REDHA ALLAH..



Assalamualaikum


Masa sedikit terbatas
Untuk menzahirkan segala apa yang 
dirasakan di sini
Namun
Cuba luangkan masa
Untuk  perkongsian  sedikit ilmu
sebagai peringatan untuk diri ini
Yang sering alpa

Dalam hidup ini
Kita dihidang pelbagai ragam dan kerenah manusia.
Ada yang baik semanis kata
Tak kurang jua lantang bersuara
tanpa kira apa oranglain rasa.
Andai kebalnya hati
Segala apa yang mendatang bisa ditempis
Namun
Andai goyahnya perasaan 
pasti kecewa melanda
menyesak dada




Andai emosi menguasai diri
Sabar bisa tercalar
Amarah pasti mencengkam jiwa
Berkeceramuk  minda
Meresah segala rasa
Merentap ketenangan
Sebegitulah hebatnya
letusan amarah diri

Namun
Allah mengajar kita akan 
KESABARAN
Muhasabah setiap kali ditimpa dugaan
Munajat padaNya setiap masa
Tawakkal sentiasa.
Andai akal bijak memandu emosi
 KETENANGAN itu akan terlahir
Segala hanya berserah pada Yang Esa
Ditimpa dugaan dan bala
DisuruhNya SABAR
DikurniaNya  nikmat
Kita berSYUKUR.

 


 Dalam apa jua
Kembali padaNya
Tidak hanya tika dilanda ujian musibah
Tapi juga tika bahagia dan gembira.
Segalanya
Berserah pada Allah
Dia Yang Maha Mengatur segala perjalanan hidup..


InsyaAllah
RedhaNya ada.









LISTEN TO QURAN

Listen to Quran