CETUSAN MINDA

..AZAB !...







ANTARA  SEKSAAN ALAM  NERAKA



1. KEHANCURAN & KEBINASAAN

Firman Allah SWT
" Kedua golongan yang bertentangan ini membantah
 mengenai Tuhannya.
Maka bagi orang-rang kafir akan dibuatkan pakaian 
dari api neraka.Sedangkan di atas
kepala mereka ditumpahkan air yang panas mendidih.
Dengannya dilebur apa yang ada
di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka.
Dan bagi mereka juga disediakan cambuk-cambuk dari besi."
(Al-Hajj 22:9-21)

Sesungguhnya seksaan ini bermula di alam kubur dan 
berterusan ke alam neraka kemudiannya.


2. WAJAH MENJADI HITAM

Sentiasalah beriman kepada Allah kerana di akhirat kelak
wajah bertukar menjadi hitam kusam akibat pendustaan yang dilakukan terhadap Allah SWT.
Sentiasalah ,mengingatkan sesama manusia agar 
kembali kepada jalan yang benar.

Allah berfirman,
"Di hari yang pada waktu itu ada muka yang putih berseri-seri dan 
ada muka yang menjadi
yang menjadi hitam kusam.Adapun mereka yang
 hitam mukanya itu (akan mendapat teguran),
"Mengapa dahulu kamu sesudah beriman kembali menjadi kafir?
Maka rasakanlah seksaan kerana kekafiranmu"
( Al Imran 3 : 106)


3. DISERET KE DALAM NERAKA 
DENGAN WAJAH MEREKA

Seksaan manusia yang ingkar ialah berjalan dengan mukanya 
ke bawah bahkan dalam keadaan
diseret ke tanah.

Firman Allah ,
" Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu berada dalam 
kesesatan di dunia dan dalamneraka di akhirat.
Hari kiamat iaitu hari mereka diseret ke neraka di atas wjah mereka,
Rasalah sentuhan neraka"
( Al-Qamar 54 : 47-48)


4.  WAJAH-WAJAH DIBAKAR API NERAKA

Di dalam neraka,
wajah orang-orang berdosa ini akan dibakar hangus,
kemudian digantikan semula dengan kulit yang
 baru & dibakar kembali.
Inilah balasan kerana kekufuran manusia terhadap
 segala perintah& suruhan Allah SWT.


5. MEREKA INGINKAN MATI..
TETAPI TIDAK TERCAPAI

Seksaan yang dahsyat menyebabkan manusia di dalam neraka
 ingin cepat mati agar tidak lagi menanggung seksaan di neraka.

Keadaan lain seksaan seperti dalam Surah Ibrahim ayat 17,
" Ia dipaksa meminum nanah itu,
namun ia tidak dapat menelannya lalu datang kepadanya 
bahaya dari segala penjuru
 tetapi ia tidak juga mati dan di hadapannya terdapat
 seksaan yang amat keras"





Moga kita sekalian terhindar dari seksaan api neraka..
Dan moga  kita di antara yg berada di bawah naungan Nya
INSYAALLAH...



 

Petikan Sumber- Anis Bil 180/2012

6 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kitak dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik serta sentiasa diberkati dan dirahmat~Nya... aamiin :)

Allahu Rabbi...bila kamek membaca ancaman Allah kepada orang yang tidak solat, hati kita pun rasa kecut, bimbang juak solat kita selama tok tidak diterima~Nya. Pasti bila dah masuk ke alam barzakh kita tidak boleh nak undur lagi, apatah lagi untuk beramal.

Moga kita tergolong dalam orang-orang yang khusyuk dalam solat...aamin

Terima kasih kitak untuk peringatan tok..:)

Nur-nba said...

Bagus perkongsian akak hari ni.. TQ kerana berkongsi.

Tinaz said...

My dear friend salam...:-)

Gagal melaksanakan perintah solat bermakna gagallah menjadi insan yang bergelar khalifah dan celakalah di akhirat kelak...nauzubillah

Selamat berqiam dan bersahur

sal said...

terimakasih kerana mengingatkan..
bulan puasa ni..elok kita bermuhasabah diri..

LadyBird said...

ya Allah, amee222nnnn.. moga terhindar.. :( takut terseksa di neraka :(

Pn Kartini said...

To all my dear friends..
Mr Abd Razak, Dik Nur,Kak Sal,Tinaz,LadyBird..:)

Moga kalian sentiasa dirahmatiNya dan dianugerahkan kesihatan yang baik:)

Betapa azabnya seksaan Neraka yang tidak tercapai akal kita utk membayangkannya..bila muhasabah diri..pasti bertanya2 juga apakah sempurna solat yang didirikan...
Semoga kita sekalian sentiasa dalam naunganNya...InsyaALlah..

:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran