Posted by
Pn Kartini
, Thursday, August 16, 2012 at 1:42:00 PM, in
Labels:
Friend,
Ucapan
Salam Aidilfitri
buat semua teman yang dikasihi..
Mohon ampun & maaf andai ada salah & silap
terkasar bahasa...tersilap bicara...tersentuh di hati
sepanjang persahabatan
di ruangan
Cetusan Minda
ini
Tidak lupa juga kepada semua followers blog CM serta pengunjung yang sudi singgah ke blog picisan yang tidak seberapa ini.... Selamat Hari Raya Aidilfitri utk kalian jua
Posted by
Pn Kartini
, Saturday, August 11, 2012 at 8:21:00 AM, in
Labels:
Berpesan2,
Jambatan Ilmu
ANTARA SEKSAAN ALAM NERAKA
1. KEHANCURAN & KEBINASAAN
Firman Allah SWT
" Kedua golongan yang bertentangan ini membantah mengenai Tuhannya.
Maka bagi orang-rang kafir akan dibuatkan pakaian dari api neraka.Sedangkan di atas
kepala mereka ditumpahkan air yang panas mendidih. Dengannya dilebur apa yang ada
di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka.
Dan bagi mereka juga disediakan cambuk-cambuk dari besi."
(Al-Hajj 22:9-21)
Sesungguhnya seksaan ini bermula di alam kubur dan
berterusan ke alam neraka kemudiannya.
2. WAJAH MENJADI HITAM
Sentiasalah beriman kepada Allah kerana di akhirat kelak
wajah bertukar menjadi hitam kusam akibat pendustaan yang dilakukan terhadap Allah SWT.
Sentiasalah ,mengingatkan sesama manusia agar kembali kepada jalan yang benar.
Allah berfirman,
"Di hari yang pada waktu itu ada muka yang putih berseri-seri dan ada muka yang menjadi
yang menjadi hitam kusam.Adapun mereka yang hitam mukanya itu (akan mendapat teguran),
"Mengapa dahulu kamu sesudah beriman kembali menjadi kafir?
Maka rasakanlah seksaan kerana kekafiranmu"
( Al Imran 3 : 106)
3. DISERET KE DALAM NERAKA DENGAN WAJAH MEREKA
Seksaan manusia yang ingkar ialah berjalan dengan mukanya ke bawah bahkan dalam keadaan
diseret ke tanah.
Firman Allah ,
" Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu berada dalam kesesatan di dunia dan dalamneraka di akhirat. Hari kiamat iaitu hari mereka diseret ke neraka di atas wjah mereka,
Rasalah sentuhan neraka"
( Al-Qamar 54 : 47-48)
4. WAJAH-WAJAH DIBAKAR API NERAKA
Di dalam neraka, wajah orang-orang berdosa ini akan dibakar hangus,
kemudian digantikan semula dengan kulit yang baru & dibakar kembali.
Inilah balasan kerana kekufuran manusia terhadap segala perintah& suruhan Allah SWT.
5. MEREKA INGINKAN MATI.. TETAPI TIDAK TERCAPAI
Seksaan yang dahsyat menyebabkan manusia di dalam neraka ingin cepat mati agar tidak lagi menanggung seksaan di neraka.
Keadaan lain seksaan seperti dalam Surah Ibrahim ayat 17,
" Ia dipaksa meminum nanah itu,
namun ia tidak dapat menelannya lalu datang kepadanya bahaya dari segala penjuru
tetapi ia tidak juga mati dan di hadapannya terdapat seksaan yang amat keras"
Moga kita sekalian terhindar dari seksaan api neraka..
Dan moga kita di antara yg berada di bawah naungan Nya