CETUSAN MINDA

Kesempurnaan Al-Quran


Lihat Susunan Al-Qur’an

j

Al-Qur’an mengandungi 114 surah. Surah ini dibahagikan kepada surah-surah yang mempunyai bilangan ayat yang ganjil dan surah-surah yang mepunyai bilangan ayat yang genap. Jumlah surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah 54 surah dan jumlah surah yang mempunyai bilangan ayat genap ialah 60 surah. Bagi surah yang bilangan ayatnya ganjil, terdapat 27 surah yang nombor surahnya nombor ganjil dan 27 surah yang nombor surahnya nombor genap. Bagi surah yang mempunyai bilangan ayatnya genap, terdapat 30 surah yang nombor surahnya nombor ganjil dan 30 surahnya nombor genap.

Lihat gambar di sebelah bawah dan atas. Perhatikan kolum pertama. Kolum tersebut bilangan ayat-ayat ganjil dan lihat nombor yang berwarna oren di bawahnya. Nombor berwarna oren ialah kedudukan nombor surahnya bagi surah-surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil Dengan menggunakan mesin kira ataupu microsoft excel, cari jumlah campuran semua nombor yang terdapat dalam kolum pertama. Kolum tersebut ialah kolum bilangan ayat-ayat ganjil dan kedudukan surahnya yang bernombor ganjil. Lakukan operasi yang sama dengan nombor-nombor pada kolum ketiga. Berapakah jumlahnya bila dicampurkan semua nombor pada kolum ketiga?

Sekarang campurkan jumlah campuran pada kolum satu dan jumlah campuran pada kolum tiga. Jawapannya ialah sama dengan jumlah ayat al-Quran.! Sekiranya kedudukan surah diubah, umpamanya meletakkan surah pertama pada nombor surah 3, semua perkaitan ini akan musnah. Lakukan operasi yang sama pada kolum dua dan kolum empat. Berapakah jumlahnya. Jawapannya ialah 6555. Jumlah ini juga adalah jumlah campuran semua nombor surah dari satu hingga seratus empatbelas (1+2+3+4+5+6+……………+114). Dalam graf yang menunjukkan khat Allah dan Muhammad, paksi X ialah 6555 sedangkan paksi Y ialah semua jumlah ayat dalam al-Quran. BUKANKAH PERKAITAN INI MENAKJUBKAN. BAGAIMANA AL-QURAN YANG DITURUNKAN PADA KURUN KE 6 BEGITU PERFECT SEKALI PERKAITANNYA



Sumber : www.geocities.com/modal_insan/pasak.htm / http://amanah2u.com

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran