CETUSAN MINDA

JUS UNTUK PENYAKIT RHEUMATIK & GOUT

My sis kadang-kala dalam merapu2nya dlm emailnya ada jgk lee info berguna..
Latest email..pasal Jus utk sesiapa yg ada penyakit gout & rheumatik..
Maka 'kroni2'..(family members)..apa lagi..masing2 bagi respond..errmm..
Yang menarik..my brother in law...siap dgn infonya :...Ehem!!Cam pernah nampak jekk text kat bawah nii...di mana yaaa...!?hehehe...biasa lee.. copy & paste dr email abg iparku..!!Tq for ur info....ehehheh...

Rheumatik itu ibu kepada penyakit gout. Tapi gout ni, lebih ganas dari ibu dia.

Rheumatik ni penyakit orang tua-tua, sebab dia ibu.. Mesti lebih tua dari anak.

Punca gout ialah pureen..(Purine) yang terkandung dalam protin. Pureen berlebihan akan bertukar jadi asid urik dan jika pinggang gagal tapis keluar semua, asid urik akan berkumpul di sendi-sendi dan membentuk kristal (lebih kurang kaca lah..). Kaca dalam sendi ! Jadilah sakit gout


Rheumatik pula, terjadi bila tulang rawan pada sendi-sendi telah menipis dan akhirnya rosak Terjadi disebabkan kandungan glucosamine** dalam tulang rawan telah berkurangan. Jadi pula sakit sendi-sendi seperti orang-orang tua..

Ehem!! Info dr guru bio .. myspace layouts

........ermm :

**Glucosamine is a compound found naturally in the body, made from glucose and the amino acid glutamine. Glucosamine is needed to produce glycosaminoglycan, a molecule used in the formation and repair of cartilage and other body tissues. Production of glucosamine slows with age.

Info dr Email my sis :

[A] JUS LOBAK

Bahan2:
200 gm lobak merah

Cara Penyediaan:
Lobak merah dibersihkan, dipotong kecil-kecil dan dikisar sehingga dapat menyediakan segelas jus lobak merah.

Penggunaan:
Pesakit Reumatik digalakkan mengamalkan jus ini 2x sehari di waktu pagi dan petang.

[B] JUS AVOKADO

Bahan2:
100 gm avokado masak dan air atau air kacang soya secukupnya.

Cara Penyediaan:
Avokado dibersihkan, bijinya dibuang, isi buah dipotong dadu dan dikisar. Masukkan sedikit air atau air kacang soya sedikit demi sedikit sewaktu buah avokado dikisar.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali pada waktu siang atau malam. Selain untuk masalah reumatik, jus ini juga boleh mengubati atau mengurangkan bahagian yang kerap mengalami kesakitan.

[C] JUS BETIK

Bahan2:
100 gm buah betik masak dan air

Cara Penyediaan:
Buangkan kulit buah betik, bersihkan dan potong mengikut citarasa sendiri. Kisarkan bersama dengan air yang secukupnya.

Penggunaan:
Boleh diminum sehari sekali pada waktu pagi atau petang. Diamalkan hanya sekali sahaja.

[D] JUS TOMATO

Bahan2:
50 - 100 gm tomato

Cara Penyediaan:
Tomato dibersihkan sebelum dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari sahaja, 2 - 3 jam selepas makan. Sesuai diamalkan oleh pesakit yang kerap mengalami sakit pada bahagian perut.

[E] JUS SELERI

Bahan2:
3 – 4 batang daun seleri (anggaran 30 cm)

Cara Penyediaan:
Daun seleri dibersihkan, dipotong kecil kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 – 3 jam selepas makan.


JUS UNTUK PENYAKIT GOUT

[A] JUS BUAH ASAM

Bahan2:
100 gm buah asam dan 50 ml air

Cara Penyediaan:
Buah asam dikupas dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar dan dicampurkan dengan air. Bagi mengurangkan rasa masam, campurkan sedikit madu di dalam jus tersebut.

Penggunaan:
Jus ini hanya diminum sehari sekali sahaja, 2 – 3 jam selepas makan pagi atau petang.

[B] JUS TEMBIKAI

Bahan2:
200 gm buah tembikai

Cara Penyediaan:
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.

[C] JUS OREN

Bahan2:
100 gm buah oren

Cara Penyediaan:
Buah oren dipotong, dibuang bijinya kemudian dikisar sehingga hancur.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.

[D] JUS MANGGA

Bahan2:
50 gm buah mangga dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Mangga dikupas, dibuang bijinya dan dipotong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam setelah makan).

[E] JUS PISANG EMBUN

Bahan2:
100 – 125 gm pisang embun

Cara Penyediaan:
Kulit pisang embun dibuang, kemudian dikisar isinya.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.

[F] JUS EPAL

Bahan2:
100 gm epal dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah epal dibersihkan, dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali selepas makan malam.

[G] JUS JAMBU BATU

Bahan2:
100 gm jambu batu dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah jambu batu dibersihkan dan dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari atau malam.

[H] JUS BETIK

Bahan2:
125 gm buah betik

Cara Penyediaan:
Buah betik dikupas, dibuang bijinya, dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).


Wallahu a'lam.


[SUMBER: Terapi Jus untuk Mengatasi Penyakit Reumatik dan Gout, oleh Dr. Prapti Utami dan Syahira Sharbani]

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran