CETUSAN MINDA

..Tidak Sesekali ......





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. 
Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah.
Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:
“Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

Riwayat Muslim


Ucapan ‘kalau’ 
tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa 
kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. 
Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan 
ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang
buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri.
Dan percaya bahawa semua apa yang berlaku  itu mempunyai
hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.



Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) 
kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa 
setiap sesuatu itu tidak akan berlaku 
tanpa keizinan daripada-Nya jua



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran