KHASIAT AIR LIMAU NIPIS SUAM
Petikan dari satu artikel tentang
Khasiat Air Limau Nipis Suam :
1. Membantu melancarkan penghadaman dan dipercayai membantu menyahtoksik bahan-bahan tidak berguna dari perut dan usus.
2. Dikatakan membantu membersih & merangsang hati.
Air limau nipis dikatakan membantu mencair bendalir hempedu yang tersimpan di dalam hati dan dalam masa yang sama mengharmonikan pengalirannya dengan menghalang ia mengalir secara berlebihan.
3. Buah limau nipis kaya Kalium yang merupakan mineral penting yang berkerjasama dengan Natrium dalam pengaliran impuls elektrik dalam otak dan sistem saraf secara keseluruhan.
Kemurungan,keresahan & lupa kadang-kadang berpunca
daripada kekurangan Kalium!
4. Unsur kalium dalam buah limau nipis juga membantu jantung untuk berdenyut secara sempurna.
5. Limau nipis juga mengandungi paras Magnesium yang baik .
Ia penting untuk kesihatan jantung!
6. Limau nipis dipercayai membantu merendahkan
tekanan darah tinggi kerana kandungan Magnesiumnya.
7. Air limau nipis dikatakan dapat mencegah dan merawat batu karang
selain membantu mengurangkan
lendir dari tubuh.
Sumber :
Bahan Bacaan Midi 1 Januari/2012