CETUSAN MINDA

..Sakit Telinga??!!




Wanita sentiasa dikaitkan dengan sikap suka 
MEMBEBEL!

Tahukah Anda....,
Menurut satu petikan artikel,
Terdapat 2 Faktor yang menjadikan wanita suka MEMBEBEL  :

Faktor  Pertama :

Wanita mempunyai binaan otak 'multitasking' yang 
memudahkan wanita bercakap,
bersembang,berleter dan membuat kerja-kerja fizikal yang lain
dalam satu masa yang sama.

Institute of Psychiatry London ,2001 melalui kajian teknologi otak
mendapati perbezaan ketara antara otak lelaki & wanita 
semasa mereka bercakap
iaitu sel-sel aktif bagi wanita terdapat di kedua-dua otak kiri & kanannya
manakala orang lelaki hanya aktif di otak sebelah kanan 
dengan kuantiti yang sedikit!
Maka dengan penemuan ini,
memang tepatlah apabila wanita mengata yang lelaki susah nak becakap &
lelaki pula mengatakan wanita ini sebagai manusia yang 
tidak henti-henti bercakap!


Faktor  Ke-Dua  :

Seorang wanita hanya membebel kepada lelaki/sesiapa
yang ada hubungan intim dengannya,
mempunyai hak dan berkuasa  untuk mengubah ke atas orang itu,
contoh yang menjadi mangsa
si suami,anak-anak atau orang-orang yang dirasakan dibawah tanggungjawabnya.


************************** @ ***************************


Satu kisah tentang Saidina Umar 
berkait dengan leteran wanita
:
:
V

Semasa Saidina Umar memegang jawatan pemerintah Islam 
menggantikan Abu Bakar, 
seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu 
berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu 
rumah pemimpin Islam itu. 
Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. 
Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, 
anak kepada Ali bin Abi Talib.
Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri 
sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, 
bagaimana pula saya? " 
Lelaki itu berfikir sendirian.


Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. 
Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan
bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri 
saya yang suka berleter. 
Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter 
sedangkan tuan tidak berkata apa-apa,lalu bagaimana pula keadaan saya? "
Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," 
Umar menjelaskan keadaan.

"Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu
tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan
mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram.
Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa 
dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.



Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia di sisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan
dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya
dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga,
beliau sanggup berdiam diri dan 
bersabar melayan kerenah isterinya.


:)
Moga leter seorang isteri...seorang ibu...
leteran yang membimbing ke arah kebaikan....
Demi mencapai sesuatu yang 
TERBAIK....


InsyaAllah...


p/s: Sumber- Bahan bacaan majalah Anis


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran