Salam..
Pertamanya..
Ucapan jutaan terimakasih tidak terhingga untuk teman-teman yang sentiasa ada di sini..
Sama Ada
Memberi ucapan takziah..
mahupun kata-kata semangat serta nasihat yang dititipkan.
Terus-terang di sini...
dalam berdepan dengan takdirNya...
Sememangnya diri ini mengakui seorang yang lemah
Menerima kehilangan yang bagaikan sekelip mata..
Tanpa dijangka ..Tanpa diduga.....
Namun itulah kehendak & SuratanNya
Ajal Maut di tanganNya...dan bila sampai masa dan saatnya...
tidakkan mungkin ia tercepat atau terlewat walau sesaat sekalipun
Pasti dijemputNya jua...
Inilah yang dikatakan kerahsiaanNya...sepertimana satu petikan sebagai peringatan untuk diri ini
:
:
:
:
.....Kerahsiaan detik kematian itu adalah rahsia Allah untuk memberi peringatan
supaya manusia membuat persediaan setiap masa sebelum kematian datang menjelma
kerana ia akan muncul secara tiba-tiba
Moga...
dengan hari nan berlalu...
dengan dorongan semangat & nasihat teman-teman...
serta keimanan diri
serta keimanan diri
InsyaAllah...
kekuatan itu pasti ada...
&
Pastinya...
Untuk tika ini dan selamanya.....
hanya iringan doa yang berpanjangan dari seorang anak tanda kasih sayang nan abadi...
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayahanda tercinta..
Amin.