Menurut Profesor Dr Mohamad Hussain Habil,
Ketua Bahagian Psikiatri dari
Universiti Malaya Specialist Centre,
Burn Out merujuk kepada gangguan emosi,mental dan fizikal yang disebabkan stress yang
berlebihan & berpanjangan.
TANDA-TANDA SESEORANG ALAMI BURN OUT :
* Hilang minat dengan pekerjaan yang dilakukan dan produktiviti kerja menurun secara
drastik ataupun perlahan-lahan.
* Tiada apa pun yang mampu memberi motivasi untuk datang ke tempat kerja
* Sering merasa putus asa,kesal,tiada tenaga dan tidak dihargai langsung oleh orang sekeliling
mahupun pihak majikan
* Tiada lagi minat,keceriaan dan keikhlasan untuk datang ke tempat kerja &
hanya datang kerja
hanya datang kerja
kerana merasa terpaksa untuk bekerja & untuk mendapat gaji semata-mata
* Kerap mengambil cuti sakit/cuti kecemasan walau tidak sakit!
* Merasakan setiap harinya amat buruk & majoriti hari yang dilalui hanya berfikir tentang
perkara negatif
* Datang bekerja namun fikiran jauh melayang ke tempat lain
* Kerap menangguh pekerjaan & cuba mengelak dari
tanggungjawab yang diberi dengan
memberi pelbagai alasan & sentiasa memberi
tugasan kepada oranglain
tugasan kepada oranglain
* Agresif,cepat marah dan sensitif
* Personaliti tidak terurus & tidak berminat dengan
aktiviti sosial
* Mudah mendapat sakit seperti selsema,sakit kepala
dll
dll
* Meninggalkan tempat kerja awal dan sering datang
lambat
* Mengguna ubat-ubatan/alkohol untuk melegakan
tekanan yang dihadapi
* Peringkat terakhir & paling kronik , mungkin sampai tahap berhenti kerja atau
lebih buruk lagi diberhentikan kerja!!!
Andai ada gejala-gejala di atas pada diri kita...
berwaspadalah!
berwaspadalah!
Sumber : i-Sihat Februari 2011