CETUSAN MINDA

Tertipu Oleh DUNIA..




Kisah Nabi Isa Bersama Seorang Yahudi


Satu hari,
Nabi Isa mengajak seorang Yahudi untuk bermusafir dengannya
sekaligus dapat mengenal hati budi temannya itu.
Sebelum bermusafir,
Nabi Isa sempat membawa 3 keping  roti sebagai bekalan mereka.
Sekeping dibawanya manakala 2 keping lagi 
diberikan kepada orang Yahudi.



Setelah berbatu jauhnyaperjalanan,
keletihan mula dirasai
Nabi Isa dan temannya mengambil keputusan untuk berhenti rehat.
Namun,
Nabi Isa meminta orang Yahudi tunggu seketika
kerana nabi Isa ingin menunaikan solat terlebih dahulu.
Sebelum menunaikan solat,
 Nabi Isa berpesan agar menunggunya
selesai mengerjakan solat dan
 makan bersama-sama.
Namun,
kerana tersangat lapar,
orang Yahudi berkenaan telah makan 
sekeping roti tanpa menunggu nabi Isa.
Setelah Nabi Isa selesai menyempurnakan solat,
Nabi Isa mengajak orang Yahudi makan bersama.
Apabila orang Yahudi membuka bungkusan roti,
Nabi Isa bertanya di manakah 
sekeping lagi roti?
Si Yahudi berkata yang dia hanya membawa sekeping 
sahaja roti..
Nabi Isa kehairanan dan berkata yang beliau
telah memberinya 2 keping roti
Namun Si Yahudi bermati-matian mengatakan
yang dia hanya diberi sekeping roti
oleh Nabi Isa..

Nabi Isa akhirnya mengalah 
dan
 meneruskan perjalanan...

Dalam perjalanan,
terserempak mereka dengan orang buta
yang terhoyong hayang jalannya.
Nabi Isa merasa kasihan lalu
diletakkan tangannya ke mata orang buta.
Dengan kuasa Allah..atas mukjizat Nabi Isa,
orang buta tersebut serta merta menjadi celik matanya.
Terkejut orang Yahudi
lalu berkata
"MasyaAllah..."
Nabi Isa berkata 
"Alhamdulillah"
Lalu terus bertanya
"Mana perginya sekeping lagi??"
Orang Yahudi terus berkata yang dia tidak tahu.

Nabi Isa meneruskan perjalanan..
Setelah jauh perjalanan dan lapar mula terasa.
Tetiba terserempak  dengan seekor rusa


 Ditangkapnya rusa,disembelih dan dipanggang 

Selesai makan,
Nabi Isa menyuruh orang Yahudi
mengumpul semula tulang belulang rusa
Dengan Izin Allah..atas mukjizat Nabi Isa
Nabi Isa menghidupkan semula rusa 
dan dilepasnya semula..

Orang Yahudi terkejut...kagum
lalu berkata
"MasyaAllah"
Nabi ISa berkata 
"Alhamdulillah"
Lalu bertanya,
Mana sekeping lagi roti?
Sekali lagi orang Yahudi berkata
yang dia hanya membawa sekeping roti.


 Nabi Isa mengalah lagi ..
Dan meneruskan perjalanan mereka..

Dalam perjalanan..
Tetiba terjumpa dengan sungai yang airnya sangat deras.




Orang Yahudi berkata..
"Nampaknya di sini sahaja perjalanan kita"
Namun Nabi Isa menyuruh orang Yahudi
memeluknya dari belakang dan 
Nabi Isa terus meredah sungai
dengan berjalan di atas air yang deras
dengan tenang.
Sampai ke seberang sungai,
orang Yahudi kagum lalu berkata
"MasyaAllah"
Nabi Isa berkata
"Alhamudulillah"
dan baginda terus bertanya
"Di mana sekeping lagi roti?"
Dan
Orang Yahudi tetap tidak mengaku dan 
terus berkata yang dia hanya membawa sekeping roti.


Nabi Isa mengalah..
Terus menyambung perjalanan.
Dalam perjalanan,
tetiba terjumpa dengan 3 ketul emas
yang besar .
Lalu berkata Nabi Isa
"Alhamdulillah..ini rezeki namanya."
Orang Yahudi  sangat gembira
dan menyuruh 3 emas itu dibahagi sama rata.
Namun nabi Isa berkata
Seketul emas utknya manakala seketul lagi untuk orang Yahudi.
Orang Yahudi kehairanan,
lalu bertanya
"Seketul lagi emas untuk siapa?"
Nabi Isa berkata
" Seketul lagi untuk orang yang telah mengambil
sekeping roti tadi"
Kemudian kerana rasa tamak untuk memiliki emas,
Lalu mengakulah orang Yahudi
bahawa sekeping roti telah dimakan olehnya.
Akhirnya nabi Isa bertanya
apakah orang Yahudi ingin mengikutnya meneruskan perjalanan
 atau inginkan emas..
Seandainya ingin meneruskan perjalanan,
3 ketul emas terpaksa ditinggalkan.




Atas dasar tamak,
 yang inginkan ketiga-tiga emas,
Si Yahudi mengambil keputusan untuk tidak
meneruskan perjalanan.
Maka Nabi Isa
meninggalkan orang Yahudi itu berseorangan
di tengah-tengah padang pasir.

Tidak lama kemudian,
datang pula 3 orang perompak 
lalu dipancungnya orang Yahudi tadi.
Maka berakhirlah riwayat si Yahudi
yang mensia-siakan akhir hayatnya dengan
ketamakan dan kecintaan terhadap 
kemewahan dunia.


Ketiga-tiga perompak tadi sangat gembira
mendapat 3 ketul emas.
Namun,
memandangkan perjalanan mereka masih jauh
dan memerlukan lebih tenaga untuk mengangkat emas,
mereka memutuskan untuk mengisi perut
yang kelaparan terlebih dahulu.
Diarahkan salah seorang untuk mencari makanan.


Dua perompak yang menjaga emas tadi
dikuasai perasaan tamak lalu berpakat untuk 
membunuh rakannya dan akan
membahagi emas itu sama rata.
Namun,
tanpa pengetahuan 2 perompak itu,
rupanya rakan perompak yang pergi mencari makanan
juga mencari jalan bagaimana 
dia boleh membolot kesemua emas .
Lalu terfikirkan olehnya untuk meletak
racun ke dalam makanan 2 rakannya itu.



Maka,
berjalanlah dia ke arah 2 perompak tadi.
Dan tanpa sempat berkata apa-apa,
2 perompak menghunus pedang ke tubuh rakannya itu,
lalu mati.
2 perompak sangat gembira kerana rancangan
 mereka telah berjaya.
Kemudian,
dengan hati yang senang mereka
menjamu makanan yang telah dicari oleh rakan  
yang mereka bunuh tadi.
 Tidak lama kemudian,
2 orang perompak tadi juga mati kerana
memakan makanan yang beracun.


Sebeginilah DUNIA
Kemewahan dunia membuta mata hati 
Mengejar nikmat dunia
Melengah masa mengejar akhirat..
dan 
Akhirnya..
Rugi segalanya.







 Allah Ta’ala berfirman,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia 
kecintaan kepada apa-apa yang diingini, 
iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
 emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
 Itulah kesenangan hidup di dunia,
 dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
 (QS. Ali-Imran: 14).






LISTEN TO QURAN

Listen to Quran