18 OKTOBER 2014
Ya
Allah..
Sempena
ulang tahun kelahiran bonda ke 70 tahun
Ku
memohon padaMu Ya Allah
Panjangkanlah
umurnya dalam kebajikan dan keberkatanMu
Kau
kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya
Ya
Allah…
Kau
berilah bonda kekuatan dan ketabahan
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan..
Kau
limpahilah kebahagian di jiwanya
Kerana
ku tahu..
Di
dalam sanubarinya terpendam rindu yang membara
pada
arwah ayahanda
Biarpun
senyum ada di bibir
Namun
di mata terselit seribu kepiluan
Ya Allah
Yang Maha Penyayang..
Kau
peliharalah bonda
Agar
sentiasa dalam kasih sayangMu Ya Allah
Yang
sentiasa mensyukuri atas segala rahmat dan nikmatMU
Kau
ampuni segala dosa ibu…
Kasihanilahnya
sepertimana
Dia
mengasihi kami dari kecil hingga dewasa ini
Ya
Allah..
Kumohon
padaMU
Jadikanlah
aku anak yang solehah
Yang
tidak lupa dan jemu untuk mendoakan bonda
Setiap
detik ...setiap waktu..
Kau
jadikanlah aku anak yang berguna…
Yang bisa
membalas segala jasanya….
Ya
Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…
Kau
pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada bonda
sehingga
akhir hayatku…
Aminnn…
Ya Rabballamin..
Selamat
Ulang Tahun Kelahiran
Buat bonda tercinta
Semoga
Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu…
"Sayang mak selamanya......"
Terima kasih untuk segala kasih sayang.."
:)
:)