Nabi
Yunus a.s. membuka kelopak matanya.
Baginda kemudian menggerakkan tangan dan kakinya. Subhanallah.
Aku masih hidup!
Baginda merangkak dan meraba-raba di sekelilingnya. Gelap, basah dan menyejukkan.
Malah baginda sendiri basah kuyup.
Baginda kemudian menggerakkan tangan dan kakinya. Subhanallah.
Aku masih hidup!
Baginda merangkak dan meraba-raba di sekelilingnya. Gelap, basah dan menyejukkan.
Malah baginda sendiri basah kuyup.
Ah!
Baru baginda
teringat.
Bajunya kuyup kerana terjun dari sebuah
kapal yang
sarat dengan orang.
Baginda teringat undian itu terkena padanya
sehingga
memaksanya terjun ke dalam laut.
Jika tidak kapal itu akan karam.
Baginda juga teringat dilambung dan dihempas
ombak yang mengganas.
Lalu,
barulah baginda teringat lagi,
dirinya telah ditelan ikan Nun.
Ah!
Rupa-rupanya baginda
berada dalam
perut ikan Nun yang gelap,
basah dan
sejuk.
Baginda
menangis.
Apakah ini hukuman daripada Allah SWT
kerana baginda meninggalkan penduduk Ninawa
yang tidak mahu menerima dakwahnya.
Baginda melarikan diri tanpa menunggu wahyu
daripada Allah SWT.
Baginda benar-benar berasa berdosa.
Lalu tersedu-sedan baginda menadah tangan.
Dalam gelap baginda berdoa,

“Ya Allah, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha Sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang daripada mereka yang zalim.”
Terlantun-lantun
dan
bergema-gema
doa Nabi Yunus a.s. di dalam perut ikan Nun
yang gelap dan basah itu.
Baginda terus menangis dan
tidak henti-henti berdoa dan
memohon keampunan
daripada Allah SWT.
Ketika asyik berdoa,
tiba-tiba baginda dapat merasakan dirinya
ditarik dengan kuat.
Baginda tergolek-golek dan akhirnya
tercampak keluar dari perut ikan Nun.
Nabi Yunus a.s. membuka matanya.
Dalam kesilauan, baginda mendapati dirinya
berada di satu pulau yang dirimbuni
dengan pohon buah-buahan.

“Sesungguhnya
Allah SWT telah memakbul doaku. Sekiranya aku bukan dalam kalangan
orang
yang sentiasa mengingati-Nya,
tentu Allah SWT akan menghukum aku.
Allah SWT akan membiarkan aku di dalam perut
ikan Nun yang gelap dan sejuk itu
sehingga manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”
yang sentiasa mengingati-Nya,
tentu Allah SWT akan menghukum aku.
Allah SWT akan membiarkan aku di dalam perut
ikan Nun yang gelap dan sejuk itu
sehingga manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”
Nabi Yunus
a.s. bersyukur sambil
menarik nafas lega.
Wallahu a'lam