CETUSAN MINDA

...Di sebalik Dugaan..




Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan 
daripada Allah SWT. 
Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan 
orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya.
Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang 
bergantung kepada tahap penerimaan mereka. 

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi
kesan yang baik.
Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah 
mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. 
Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu
supaya ia dapat membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? 
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. 
Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.



Firman Allah SWT :
“Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana 
ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. 
Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh 
mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana 
musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung.
Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah 
itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman di dalam  
surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, 
itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita.
Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, 
sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, 
hati kita berubah.



Cuba renungkan firman Allah ini:
“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. 
Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, 
bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. 
Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat 
daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi
membuat perubahan.
Ringkasnya
apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai.



Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali
ditimpa kegelisahan dan kesempitan. 
Maka ucaplah  
Hasbunallah Wanikmal Wakil 
yang bermaksud :,
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan 
Allah adalah sebaik-baik pelindung.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”.
 (Az-Zumar:10).


Firman Allah dalam 
surah Al-Mukmin ayat 60 
yg bermaksud:
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”.



Sebagai kesimpulannya,
tiada masalah tanpa penyelesaiannya.
Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit
mempunyai penawarnya. 
Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah 
dan sebagai jalan menuju bahagia. 
Ingatlah janji Allah di dalam 

surah Al-Insyirah 
bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.....



Sumber: 
Artikel iluvIslam.com

14 comments:

Nur-nba said...

Sabarlah dengan setiap dugaan, pasti ada hikmah yang terselindung di sebalik apa yang terjadi. Berbaik sangka dengan ketentuan Allah dan redha dengan qada' dan qadarNya.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله..:)

Moga kitak terus sihat dengan izin Allah Taala serta dikurniakan kekuatan dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini...amin

Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang.

Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Berserah dan bertawakallah kepada Allah apabila menghadapi ujian~Nya. Redha dengan apa yang berlaku dan berbaik sangka kepada~Nya.

Terima kasih kitak..:)

sal said...

assalamualaikum..
my dear tinie..

sejuknya dtg kat sini..
tenguk gambar dn ayat2 rasa tenang..

terima kasih atas perkongsian ini..

redha dengan musibah..
moga musibah membawa impak yang baik especially apb kitA bermuhasabah..

sememangnya,sesuatu yg dijadikan oleh Allah tidak sia2 melainkan ada hikmahnya..

apa yg penting selalu berdoa moga perjalanan hidup ini dirahmati dan diberkati olehNya..amin..

Acik Erna said...

Assalam tinie..lamanya tini menyepi..apapun masaalah yang mendatang..akak tau..tinie kuat..tinie akan dapat menghadapinya..sebab itu..lahirnya n3 ini..
Insyaallah..dan ingatlah kami semua sayang tinie..semoga semua nya dipermudahkan..

Afida Anuar said...

Assalamualaikum my dear kak tinie, lamanya tak nampak kak tinie kat sini.. moga Allah sentiasa menganugerahkan kesejahteraan yang berpanjangan buat kak tinie sekeluarga...

Bila baca entry kak tinie ni, teringat fida akan perkongsian ustaz pahrol dalam ikim melalui slot mukmin professional. Bab basuh baju yang kotor... mesti direndam dengan air suam, digosok kuat, ditenyeh dan macam2 lagi tuk hilangkan kotoran...akhirnya, bersih cantik jadi baju tu. Serupa macam kita juga, lumrah seorang hamba takkan lari dari diuji...ujian juga sebagai tanda, Allah sayang kat kita.... Allah...

missgee said...

Kak Tini,
Semoga kita sentiasa
sabar dalam menerima ujian
dan dugaan dari-NYA

Ibuhani said...

Salam....apa jua yg mendtg, bg menguatkn semangat hidup, kita harus redho krn Allah SWT menguji krn tahu kita mampu mengatasinya. Hikmah disebalik itu yg harus kita pelajari!

MulutPayau said...

semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran mnghadapi segala ujian dari-Nya...

Werdah said...

Assalamu'alaikum Tinie

Semoga sihat di sana ya..

Setiap daripada kita sentiasa diuji, jika tidak dengan musibah kita diuji dengan nikmat.

Allah berfirman: "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Al-Anbiyaa' 21:35)

Bila kita sedar begitu mudahlah kita hadapinya.. insyaAllah.

Zaitun said...

Salam Tinie...Sabar itu kan separuh dari iman.Semoga Tinie tabah menghadapinya,tentu ada hikmah disebaliknya.

Cikli said...

musibah mendewasakan kita.

ibuintan said...

assalamualaikum Tinie... moga Tinie sihat dan tabah mengharungi ujian dan dugaan yg datang


kita sebagai hambanya memang sentiasa diujiNya, moga ujian dan dugaan itu menjadikan kita makin kuat dan kental, makin hampir kepadaNya jua

Acik Erna said...

Assalam semoga tinie sihat..

ibuintan said...

Dik Tinie... where ar u dear?


what hepen, napa sepi tanpa berita? Ar u okey? miss u dear!

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran