..Al-Fatihah..
Posted by
Pn Kartini
, Wednesday, August 3, 2011 at 5:19:00 PM, in
Labels:
Dairy
Assalamualaikum...
Hari ini..
Entah kenapa dari semalam teringatkan pada seorang teman
yang terlantar di hospital beberapa hari yang lalu .
Sebenarnya teman ini telah pun selesai menjalani pembedahan di Pusat Rawatan Swasta
Namun seminggu selepas itu terpaksa dipindah ke hospital kerana komplikasi dari pembedahan..
Dan hari ini..
Semakin teringat akan dia
dan diri rasa terpanggil untuk melawatnya bersama rakan guru yang lain hari ini..
Namun...
Kita manusia hanya bisa untuk merancang
Namun segala2nya hanyalah dariNya jua....
Hampir pukul 11am tadi...
Satu berita yang mengejutkan dan membuat diri tergamam
Apa tidaknya....dalam pada kita merancang untuk melawatnya
Kita mendapat berita yang beliau telah kembali ke Rahmatullah
& jenazah dijangka tiba pukul 2pm dan akan disemadikan sebelum asar!
Kiranya...Hari ini...
3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan
Seorang teman..
Seorang Ustazah di sekolah
telah kembali menemui penciptanya..
Semoga Roh arwah dicucuri rahmatNya dan
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah
sahabatku ini ,
Naikkanlah darjatnya diantara orang yang mendapat
hidayah dari Mu,
Dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih
hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam,
Luaskanlah
kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...
Seseungguhnya kepada Mu
lah tempat kami memohon keampunan & keredhaan.
Amin....
..Moga Ada Kemampuan...
Posted by
Pn Kartini
, Monday, August 1, 2011 at 3:55:00 PM, in
Labels:
Berpesan2,
Sekadar Peringatan
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Telah datang kepadamu
bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan
doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan
yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka
tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang
yang bernasib malang ialah dia
yang dinafikan daripada rahmat Allah pada
bulan ini."
Subscribe to:
Posts (Atom)