Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Telah datang kepadamu
bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan
doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan
yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka
tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang
yang bernasib malang ialah dia
yang dinafikan daripada rahmat Allah pada
bulan ini."