Raya Tahun lalu...
Jelas terpancar keceriaan dan kegembiraan di pagi raya....
Senyuman yang menggambarkan
rasa bahagia bila berkumpul bersama
Terasa keakraban nan utuh yang melengkapkan
sebuah keluarga ....
Namun semalam.....
terasa berbezanya raya kali ini...
mendengar alunan takbir raya
bagaikan mendayu2 mengusik perasaan
Sememangnya diri kalah berdepan situasi
Namun cuba menjadi seorang yang kental di hadapan bonda..
Kerana diri mengetahui akan kerinduan dan kesayuan bonda
bagaikan tiada penghujungnya...
yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata
terhadap
arwah ayahanda tersayang...
Terlerai seketika kerinduan
menziarahi pusara di pagi raya
dengan iringan doa buat ayahanda tercinta
Agar bersemadi dengan tenang di sana....
..gambar dari google... |
Al-fatihah.....