Badan kita ibarat " mesin biologi" yang sungguh hebat.
Ia mempunyai pelbagai fungsi,hasil kombinasi beberapa sistem
yang berintegrasi sesama sendiri.
Namun terkadang,
kita terlalu memfokuskan diri pada kerja seharian
tanpa rehat yang secukupnya.
Di usia yang masih gagah..segala kudrat dan minda diguna sepenuhnya
tanpa menyedari kepentingan diri terabai sekaligus
mengarahkan kepada impak negatif terhadap kesihatan diri.
R A W A T A N L I M A M I N I T
Kita tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk rawatan ini,
cukup sekadar memperuntukkan 5 minit untuk diri kita sendiri
bagi setiap 1 hingga 3 jam waktu bekerja.
TEKNIK 1
- PERNAFASAN PERUT -
Luangkan masa selama 5 minit untuk menarik nafas
dalam keadaan TENANG!
Tahukah Anda..
Apabila kita dalam keadaan stress & kalut..
kita berkecenderung bernafas dengan tidak sempurna.
Dalam situasi mencemaskan,menggelabah atau dalam tekanan yang tinggi ,
lazimnya pernafasan menjadi tercungap-cungap,
suara nyaring & tekak menjadi kering.
Jadi,
apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengawal pernafasan kita semula agar oksigen dapat dihantar secukupnya kepada sel-sel otak & sel-sel badan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisien.
CARA PERNAFASAN PERUT :
- Duduk dalam keadaan tenang
- Betulkan kedudukan tulang belakang
& kendurkan bahu anda.
& kendurkan bahu anda.
Tidak perlu 'berkeras' dengan
tulang belakang,biarkan dalam
keadaan normal,asalkan tidak
bongkok
tulang belakang,biarkan dalam
keadaan normal,asalkan tidak
bongkok
- Tarik nafas melalui hidung secara
konsisten & tenang
- Kembangkan perut anda untuk
memberi ruang kepada diafragma
untuk menyimpan udara
memberi ruang kepada diafragma
untuk menyimpan udara
- Sedut setakat yang boleh & tahan
seketika
seketika
JANGAN tahan terlalu lama sehingga
membebankan paru-paru anda
- Kemudian lepas nafas melalui hidung
secara perlahan-lahan
( Anda pasti berasa berat sedikit di
bahagian dahi,kepala dan beberapa
bahagian lain. Maka disebabkan itu
ramai tidak 'mampu'
melakukannya untuk beberapa kali.)
ramai tidak 'mampu'
melakukannya untuk beberapa kali.)
- Ulang beberapa kali sehingga berasa
badan menjadi lebih 'ringan'.
Teknik di atas,
boleh juga dilakukan dengan menghembus nafas melalui mulut secara perlahan.
Adakalanya ,sedikit peluh keluar di bahagian dahi,dan ini menunjukkan teknik ini memberi kesan yang sewajarnya.
CARA AGAR TEKNIK LEBIH BERKESAN
- Lakukan dalam keadaan yang FOKUS
- Fokuskan kepada udara yang melalui hidung
- Rasai nikmat oksigen anugerah ALLAH dan bersyukur
kita masih mampu bernafas
kita masih mampu bernafas
- Untuk lebih fokus, lakukan dalam keadaan memejamkan mata
- Pusatkan fikiran pada kebesaran Ilahi dengan berzikir & berwirid
- Yang penting,kendurkan otot-otot tubuh anda!
TEKNIK 2
- PERANTAUAN ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL ROAMING)
Dalam keadaan tertekan dan kesibukan dengan tugas seharian,
anda perlu meluangkan sedikit masa untuk melakukan
"perantauan amtarabangsa"
bagi menenangkan diri anda!
BAGAIMANA???
- Tenangkan fikiran atau lakukan teknik pernafasan
seperti teknik 1 terlebih dahulu
- Bayangkan anda sedang terbang ke suatu kawasan yang sungguh indah samada ke sebuah tasikyang permai,pantai yang memutih,
khazanah terumbu karang yang memukau,air terjun yang mendamaikan,
berada di atas pergunungan yang menakjubkan atau apa-apa sahaja.
Dengan teknik ini,
anda seolah-olah sedang menikmati 'pakej pelancongan'
yang indah lagi mempersonakan.
Berapa kosnya??
Sudah pasti ia PERCUMA!
:)
Malah anda di'bayar'
dengan
Ketenangan & Kedamaian jiwa
biarpun sesibuk mana anda bekerja.
Selamat Mencuba..
Moga Memberi Manfaat
:)
Olahan Sumber : Bahan Bacaan Solusi /41 2012