CETUSAN MINDA

...Masalah LEMAK di PERUT??..



Bagi yang menitik berat penampilan..
adalah menjadi satu masalah besar bila di dapati berlaku 
perubahan bentuk fizikal yang tidak lagi langsing seperti dahulu !

Masalah LEMAK di PERUT yang mengundang kepada kebuncitan
merupakan satu contoh masalah yang boleh mendatangkan kegusaran di hati
 terutama pada kaum wanita!
Maka pelbagai cara yang difikirkan dan dilakukan bagi mencapai
 impian yang memuaskan..


TAHUKAH ANDA....

TERDAPAT  7 JENIS  MAKANAN YANG  BOLEH  "PERANGI" LEMAK PERUT :

Dengan hanya melalui pemakanan,
kita mampu memerangi lemak perut tanpa perlu berlapar!



1- OAT



Lupakan nasi lemak,roti canai atau mee goreng saat bersarapan pagi.
Gantikan dengan pengambilan OAT yang sememangnya kaya serat.
Kandungan serat boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam tubuh.
Ia akan membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama selain melancarkan sistem penghadaman.
OAT juga membekalkan kita protein,vitamin & mineral yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan karbohidratnya- fruktooligosakarida mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus.









2-  SAYURAN



SAYURAN mentah seperti salad adalah sumber serat & antioksidan yang baik untuk tubuh.
Dengan mengambil lebih banyak SAYURAN,
ia boleh memberi rasa kenyang tanpa meningkat jumlah kalori.
Makan pelbagai SAYURAN terutama 
sayuran hijau seperti bayam & brokoli
 yang kaya vitamin & mineral bagi membantu membakar lemak pada
 perut selain menyediakan kita pelbagai nutrisi penting 
termasuk kalsium,magnesium,
protein,zat besi,kalium,
Vitamin C,A dan B.






3- DAGING TANPA LEMAK




Diet bukan bermakna kita perlu 
melupakan sumber protein.
Sumber protein seperti 
DAGING TANPA LEMAK
 merupakan salah satu makanan paling penting dalam program 
penurunan berat badan.
Namun elakkan pengambilan daging
 yang mengandungi lemak atau yang dimasak dengan santan.
Selain daging tanpa lemak,kita juga boleh memilih daging putih seperti 
ayam dan ikan.






4- GANDUM




Makanan yang diperbuat 
daripada 
Tepung  GANDUM
 (whole grains)
mengandungi serat,asid folik,
vitamin E,magnesium dan semua zat
 yang diperlukan untuk mengurangkan lemak perut.
GANDUM menjadi sumber yang baik
 untuk memperoleh karbohidrat kompleks disamping  membekalkan tenaga 
secara efektif kepada 
tubuh kita.
GANDUM penuh mampu
 menambah serat dan vitamin B kompleks dalam pemakanan
 seharian kita.






5- TELUR




Cara lain yang mudah untuk perangi
 lemak perut adalah dengan 
pengambilan protein.
TELUR merupakan sumber protein yang baik,kaya vitamin dan lemak 
yang mudah dihadam.
TELUR juga merupakan punca 
mineral perlu & mengandungi kalori 
yang rendah.
 TELUR juga mengandungi nutrisi lain seperti vitamin B12 yang membantu 
tubuh membakar lemak.
Biarpun ramai orang takut makan telur kerana kolesterol,
tetapi sebenarnya 
choline dan phosphytidylcholine
 dalam kuning telur membantu mengelakkan longgokan kolesterol
& lemak dalam hati 
serta
 pembuluh salur darah.




6- MINYAK  ZAITUN



Lemak sihat adalah bahagian penting dalam kepada tubuh dalam membantu menghancurkan lemak perut.
Salah satu makanan yang mampu menghasilkan lemak sihat dalam tubuh adalah 
MINYAK ZAITUN.

Tambahkan sedikit MINYAK ZAITUN
ke dalam sayuran atau salad agar 
lebih enak dimakan selain 
membantu membakar 
lemak perut.
Banyak kajian pakar sains menunjukkan
MINYAK ZAITUN merupakan sejenis antioksidan yang diperlukan
 untuk memerangi kolesterol jahat yang menyumbat arteri jantung,
yang merupakan penyebab utama 
serangan jantung. 










7- KACANG  ALMOND







Kajian yang dijalankan di 
Universiti Purdue 
mendapati bahawa individu yang makan KACANG ALMOND
akan berasa kenyang dengan lebih lama berbanding individu yang makan
 nasi atau kek.
Amalkan makan lebih daripada 24 biji KACANG ALMOND
sehari untuk menghilangkan 
rasa lapar tanpa mendapat kalori 
yang berlebihan.
Namun elakkan daripada mengambil KACANG ALMOND 
yang telah diproses & mengandungi garam tambahan kerana 
boleh meningkatkan 
tekanan darah.















Sumber  :
 Bahan bacaan Harmoni/Februari 2012

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran