Pakar nutrisi telah lama mendapati bahawa
MOOD manusia dipengaruhi oleh
BAHAN KIMIA
tertentu di OTAK.
Mereka mendapati banyak ZAT NUTRISI
dalam makanan yang dapat mempengaruhi keadaan
&
sistem saraf Otak.
Berikut Antara Makanan
&
Kesannya pada Mood Kita :
- SENTIASA BERTENAGA -
Sayuran Berdaun Hijau,Labu & Brokoli
Di dalam makanan ini terkandung mineral penting seperti
ZAT BESI,MAGNESIUM & POTASIUM
yang dapat mencegah ANEMIA .
Masalah anemia akan membuat kita lemah,
tidak bersemangat & mudah cemas!
- MENGHINDARI PMS -
Susu & Semua Produk Tenusu,Dadih,Keju,Brokoli & Buahan Kering
Makanan yang kaya KALSIUM ini bukan sahaja membantu pembentukan & menguatkan tulang,tetapi juga mencegah hadirnya mood kurang baik semasa haid,selain mencegah keinginan untuk mengunyah yang berlebihan!
Makanan kaya kalsium juga dapat membantu mempertahankan fikiran agar tetap tenang & seimbang.
- AGAR LEBIH GEMBIRA -
Sayuran Hijau seperti Bayam,Daging Lembu,Makanan Laut & Pisang
Makanan ini mengandungi MAGNESIUM yang membantu meredakan rasa gelisah,sedih & bingung.
- AGAR TIDAK MUDAH MARAH -
Bit,Kubis,Saleri,Buah-buahan & Sayuran Segar
SERAT dalam makanan membantu melancar sistem pencernaan.
Menurut pakar nutrisi,pencernaan yang lancar akan membuat seseorang berasa lebih gembira.Gangguan sistem pencernaan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa tetapi juga dapat membuat kita mudah tersinggung dan marah-marah!
- TAJAM FIKIRAN -
Bijiran,Roti,PastaGandum Penuh,Nasi Putih,Kekacang,Ikan,
Susu,Sayuran & Buahan Segar
Makanan ini mengandungi VITAMIN larut air seperti
VITAMIN B KOMPLEKS
VITAMIN B KOMPLEKS
(Tiamin,Riboflavin,niasin,pyridoxine & kobalamin)
yang membantu fungsi otak dan sistem saraf agar bekerja dengan baik.
yang membantu fungsi otak dan sistem saraf agar bekerja dengan baik.
Nutrisi pada makanan ini juga meningkatkan peredaran darah ke otak
& mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga
yang diperlukan oleh otak.
& mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga
yang diperlukan oleh otak.
VITAMIN B akan meningkatkan fungsi neurotranmitter otak
& meningkatkan kemampuan untuk berfikir,
belajar & berimaginasi.
& meningkatkan kemampuan untuk berfikir,
belajar & berimaginasi.
- AGAR TETAP TENANG -
Bijirin,Gandum Penuh,Kekacang,Ayam,Ikan,Telur,Susu &
Produk Tenusu,Buahan & Sayuran Segar.
Makanan ini mengandungi ANTIOKSIDAN,VITAMIN A,C,E,BETA KAROTENA,SELENIUM,ZINK & Banyak lagi.
Semua ini merupakan nutrisi yang membantu menghilangkan tekanan lantas membuat kita lebih rasa tenang.