Sabda Rasulullah s.a.w,
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu.
" Dengan ini
jelas Allah melihat hati manusia untuk menilai
dan menentukan amal
ibadat yang sebenarnya.
Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan.
Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di
dalamnya
maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan
tidak
diterima.
Imam Ghazali ada berkata :
"Manusia
semuanya mati kecuali
yang masih hidup adalah orang yang berilmu tetapi
umumnya
orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali
yang
jaga adalah orang yang berilmu dan beramal.
Tetapi orang yang beramal
itu pula sering tergoda atau terpedaya
kecuali yang tidak terpedaya
hanya orang yang ikhlas
tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada di
dalam keadaan
yang amat sulit ibarat
telur di hujung tanduk"
Rumusannya..
Keikhlasan serta kejujuran merupakan
landasan yang kukuh di atas mana-mana orang yang melaksanakan
bermacam-macam amal
dan tugas kebaikan .Sifat keikhlasan itulah pokok
segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak keluar dari hati yang
ikhlas nescaya
tidak menghasilkan buah bahkan mungkin akan merugikan
kepada diri sendiri dan yang pasti
tidak menghasilkan pahala di
sisi Allah.