CETUSAN MINDA

Berbisik Cinta...

Perihal Cinta Akar Dan Bunga

Jika  melalui kawasan hutan yang berbukit ...
kita pasti melihat pokok-pokok sebagai satu tanjak yang penting
melindungi keadaan tanah di bukit , 
lihatlah pokok yang akarnya menjulur keluar memaksa laluan untuk mendapatkan lebih cengkaman agar pokok kukuh berdiri.
Adakalanya akar ini menerokai lebih jauh dari pangkalnya ,
akar bekerja keras merentasi batu-bata dan tanah keras ,
menjadi serangan hidupan di bawah tanah yang menjadikan
akar sebagai rezeki makanan mereka.
Namun akar tidak mudah kalah , 
akar akan tetap mencengkam untuk memastikan
kehidupan sebatang pokok yang mesti hidup.


Kita tidak melihat akar , 
kerana akar jauh didasar tanah , apa yang kita lihat pokok itu tetap subur , padahal tanpa akar , 
tidak mungkin kita boleh melihat pokok yang subur itu!


Kita melihat sepohon 
pokok bunga mawar , 
daunnya bersih ,
cantik dan amat harum ,
ianya memberikan sedikit 
kelegaan kepada pandangan mata , dan keselesaan yang amat
nyaman sekali.
Kecantikan bunga tidak dapat dibandingkan dengan kata-kata , hanya perasaan yang damai dapat diimaginasikan apabila
kita melihat sekuntum bunga.
Bunga juga mempunyai 
kelemahan yang tersendiri , 
apabila sering dipuji ianya akan memberikan minat untuk kita 

memetiknya dan akhirnya bunga itu tetap akan layu ,
ianya menjadi hiasan sementara , bau wanginya di perah untuk orang lain, sedang bunga menjadi malap warnanya 
sehingga kering dan menjadi debu-debu tanah 
kembali ke tempat asalnya.




Mujur akar tetap setia , 
walaupun tidak dapat dilihat dan
tidak disanjung tinggi dan 
tanpa bau yang wangi, 
ianya memberikan harapan kepada 
pohon untuk terus hidup.
Akar tidak perlu kepada pujian 
untuk berkhidmat kerana
itu memang tugasnya dan
ianya tidak sangat dikenali,
jika ia dikenali hanyalah kepada tugasnya yang amat baik berbanding kepada 
namanya yang tenggelam di dasar tanah.





Kehidupan sepohon pokok boleh memberi contoh kepada 
kehidupan kita secara realiti , 
ada manusia yang bersifat seperti bunga , 
memperlihatkan keindahan & kehebatannya hanya untuk sementara , 
& amat suka apabila dipuji dan dipuja kerana sifatnya itu ,
dia ingin sekali dikenali dan memberikan janji yang 
wangi seperti baunya.
Namun ianya tidak kekal apabila dipetik dan baunya itu 
diperam bersama kuntumannya untuk orang lain.
Ya itu satu pengorbanan yang besar untuk si bunga!


Manakala..
 Akar sememangnya tidak ingin dikenali , 
namun ianya adalah nyawa kepada setiap dahan dan ranting ,
juga buah dan bunga.
Ia bekerja tanpa perlu diceritakan jasanya 
dan yang paling utama 
ia hidup lebih lama dari sekuntum bunga!


Hak Cipta Karangan Koleksi
Ibnu Rahman@rizalraman@gmail.com


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran