Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.
Malaikat yang di sebelah kanan lebih
berkuasa dari yang sebelah
kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catat?"
Kata malaikat di sebelah kanan,
"Jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5
kesalahan.
Malaikat yang di kiri bertanya lagi,
"Kalau ia telah
melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catatkan?"
Jawab malaikat kanan,
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan
kerana kami telah diberitahu
oleh Allah s.w.t bahawa
satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang
lalu sebagai tebusan dan kami
masih simpankan untuknya
5 pahala lagi."
Maka tercenganglah syaitan
mendengarkannya, lalu berkata,"
Kalau
macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat & Nikmat Allah pada
hambanya,
kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas.....
hanya
hambanya saja yang lalai dan terleka dengan
keseronokan serta kemewahan
duniawi.