CETUSAN MINDA

Sunyi & Hening....






Sunyi
&
Hening

:
:
:
:
:
V









...07062015..








7hb  Jun  2015





.....semakin hampir masa 
..semakin mendekati penghujung usia.....









...Dalam Peliharaan-NYA..








CATATAN  ILMU  :


" Bila ingin tinggalkan sesuatu...
baca dengan penuh YAKIN bahawa
kita tinggalkan segala harta benda itu di bawah jagaanNYA.
ALLAH pemegang AMANAH.
Sesungguhnya Tidak Akan Mungkin
ALLAH engkarkan dengan AMANAH yang kita tinggalkan padaNYA.
InsyaAllah..
ALLAH akan memeliharanya..."












..Diam Itu Indah..






KISAH  TELADAN...


Abu Hurairah RA berkata  :

Ada seorang memaki Abu Bakar al-Siddiq RA
sedangkan ketika itu Rasullullah  SAW duduk,
maka Rasullullah SAW DIAM,
begitu juga Abu Bakar RA DIAM .
Kemudian ketika orang itu  diam,
Abu Bakar membalasnya
Maka segera Rasulullah SAW bangun dari tempatnya
lantas dikejar oleh Abu Bakar RA
 sambil bertanya :

" Ya Rasulullah SAW, dia memaki saya dan engkau DIAM,
Ketika saya jawab lantas engkau bangun dan pergi?"

Jawab Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Malaikat telah mengambil semua makian orang itu
kepadanya ketika engkau DIAM
dan ketika engkau menjawab caciannya,
maka pergilah malaikat itu dan duduk pula Syaitan,
Kerana itu saya tidak suka duduk di tempat yang ada Syaitan. "





Pujangga Berkata...

Carilah bahagian anda dalam DIAM
Kerana orang DIAM selalu disegani.
Orang yang tidak banyak berbicara akan selalu dicintai,
Sedangkan bencana selalu lahir  dari ucapan.

Menyendirilah beberapa saat untuk merenung hal-hal 
yang kita hadapi untuk membaiki diri,
Untuk memikirkan akhirat
dan untuk membaiki 
dunia




Petikan Ilmu : 
Permata Buat Orang Yang Beriman Jld 1
- Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri-











Penawar Duka Pengubat Sengsara....






KISAH TELADAN....


Diceritakan dalam sebuah kitab,
seorang lelaki petani yang mempunyai sawah yang luas,
di mana pada tahun tersebut berlaku kemarau yang amat panjang.
Hal ini menyebabkan hasil tanamannya tidak menjadi 
bahkan tanah kering kontang  serta merekah 
kerana kepanasan lantaran tanpa 
hujan dalam tempoh
yang panjang.



Suatu hari ,
beliau pergi ke kebunnya sambil berwuduk dan bersolat hajat.
Kemudian membaca firman Allah SWT   
yang bermaksud  :


Sehingga Aku berkata kepada mereka ,
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
Sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.
Sekiranya kamu berbuat demikian,
Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu.
Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan  banyaknya
 harta kekayaan serta anak-pinak,
dan ia akan mengadakan bagi  kamu kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai 
mengalir di dalamnya.


( Surah Nuh : 10-12)


Selepas itu,
mulalah si petani beristighfar dari pagi hingga ke petang 
dan pada waktu petangnya menjelma kepada malam,
Maka turunlah hujan yang sangat lebat
dengan awan hitam yang banyak.

Begitulah berkatnya
kelebihan berISTIGHFAR....














..Secebis Kenangan...





Assalamualaikum..

Sekadar catatan kenangan..



Kisah Sebelum Cuti..


KISAH 1
:
:
:
V
Pernah tuan blog post n3 tentang PERGI...
yang terkial2 mencari idea utk buku program
persaraan..
:
:
V


Alhamdulillah..
Ilham tu datang dengan IzinNYa juga
Tapi sedikit terkilan bila apa yang kita usahakan
Untuk beri yang terbaik
Hasilnya
:
:
:
V
ermm..
Perbezaan yang nyataaaa...
:(

Tapi tak pe..
Yang penting..
Buku program untuk yang dirai
InsyaAllah..
Berpuas hati!

:
:
:
V
Meriah acaranya...
:)


KISAH 2

:
:
:
:
:
:
V

Buat K som...
Sayang K Som..
Moga Allah berikan kesembuhan
Dan
DianugerahkanNya ketabahan dalam mengharungi
dugaan dan ketetapan dariNya..
Semoga dengan persaraan ini..akan memberi ruang dan masa
untuk sentiasa dekat padaNya..dan dilimpahi ketenangan
sepanjang perjalanan hidup.
Aaminn..

Tksh utk hadiah !
:)


KISAH 3

:
:
:
V

Biarpun hari guru dah berlalu..
Sebelum cuti,
masih ada lagi  yang ingatkan cikgunya..
:):)

Datang tidak dengan tangan kosong!
:
:
:
:
V
Tq Shahiran
Habis diet cikgu !
erk!
:)


Esoknya pula
Ada pula yang letak sesuatu di atas meja
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
 Tq Aqil!
Mengimbau nostalgia gituuu!
:)

Untuk semua anak didik..
Moga kalian terus success
di Menara Gading!
Tksh utk ingatan kalian

:)



Sekian..
Catatan kenangan.






















..Berat Timbangannya...







SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung









..Jangan Sesekali Menolak!..





Rezeki..
:
:
:
:
:
:
:
V

Anacardium occidentale

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
  Anacardium  occidentale



Alhamdulillah..



Bila sesekali
tuan blog
ber-entry santai !

;)




..18 Mei 2015..




Esok acaranya
Yang pasti
Lagu keramat
Setahun hanya sekali berkumandang
:
:
:
:
:
:
V









..Amanah Yang Diberi
Kami tak persiakan
Apa Yang Kami Janji
Tunai  Tetap Kami Tunaikan....


 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

..Pergi..






Berulang kali dengar
Kau Pergi..
Pergi..
Pergi 
erm

Sedang mencari idea
Yang tidak kunjung datang
Untuk satu lagi 
Buku Program Majlis Persaraan 
ermm
Asyik-asyik 
Kau Pergi..Pergi...Pergi
(Agaknya dengan-dengan  idea pergi nihh!..)

:
:
:
V




..Sepi tanpa kata
Terdiam  dan kaku....

















Permata Hati..




Buat permata hati
Terima kasih 
utk
:
:
:
:
:
:
V


Pandai dua beradik ni berpakat..
Dalam diam-diam je
diletaknya dalam kereta makbonda!
:)




Buat  Abg Jad & Aicha..
:
:
:
V



Moga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah
dan sentiasa dipeliharakanNya jua
aaminn

:)










Wahai Hati..















TAHNIAH





Assalamualaikum..





Khas buat semua anak didik tersayang

Biarpun rasanya agak terlewat ucapan ini dibuat di sini
Lantaran kesibukan dan  kekangan masa
Disamping tidak kurang juga.. 
 kerana mungkin
semangat untuk berblog 
semakin lama semakin 'jauh'...
erk!


Ucapan Tahniah 





 Buat anakanda khususnya..
TAHNIAH atas kejayaan cemerlang!
Menjadi kebanggaan untuk semua
Alhamdulillah
Semoga terus mencipta kecemerlangan
Dunia dan Akhirat
InsyaAllah..
:)
Buat anak-anak didik yang lain
Aqil,Shahiran,Rahman,Ayie,Najihah,Qilah,Izzuddin,Aimi
Nasrul,Zek,Ghazali,Luqman,Zul,
Shafiq,Ikmal,Aqif,Amir,Izzat, Qayyum

Syabas buat kalian
atas pencapaian  luar jangkaan..
Tahniah dan Syabas untuk kalian
Terimakasih atas
 segala usaha ,semangat  dan kesungguhan kalian
 Sekaligus 
Meningkatkan prestasi GPS Biologi!
:)




Moga Kecemerlangan sentiasa mengiringi anda..
Cemerlang Masa Depan...
Cemerlang Di Dunia
&
Yang UTAMA
Cemerlang di  AKHIRAT...


INSYAALLAH....

:)


















...

















Kemenangan Yang Tiada MAKNA..




BIAR KEMENANGAN DIPEROLEHI......
NAMUN MEROSAKKAN PERHUBUNGAN..




 Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Justeru...baik jangan bergaduh...!












LISTEN TO QURAN

Listen to Quran