CETUSAN MINDA

...Secebis Bicara..



Hari ni..
Penat semacam je..!
Mungkin faktor cuaca nan panas...
Ditambah pula 'lemas' lam timbunan evidens PBS!
Terkadang tidak terkejar dibuatnya..
Ya lah..
Mana nak urus fail showcasenya..
Mana nak diletak evidens lam fail pelajar..
 dan bertambah lagi penat mental & emosi..
bila terpaksa 'berperang' dalam diri
setiap kali sesi PEMULIHAN
untuk pelajar yang belum sepenuhnya menguasai 
band yang ditetapkan....
(...pelajar sedikit santai lagi bersahaja..tanpa persiapan diri ..hinggakan 
sesi pemulihan berulang!...)
Memang perlu banyak sabar!




 



Adakala juga..
Kesabaran & Kekuatan diri teruji..
Setiap kali ke laman sesawang untuk masukkan
pencapaian pelajar !!
Untuk melengkapkan rekod bagi 3 kelas
Pasti sakan menahan mata menge-tick di kotak2 band!
(............agaknya..hanya guru2 yang buat PBS leh faham niihh!..uhh..)
:)


Bukan mengeluh...
Cuma merasa diri penat ..
Disamping mengenang diri yang sememangnya
masih belum memenuhi kriteria guru benar-benar komited
sepenuhnya dengan tugasnya..
Yalah...
Seiring dengan usia yang saban hari semakin  memendek!
Kudrat semakin berkurang..!
Semangat pun ada kala memuncak..adakalanya pula menjunam..
  Namun begitu..
Cuba mencari inspirasi...
Mengenang semangat arwah ayahanda
Yang sentiasa memikirkan kesempurnaan 
dalam melaksanakan
tanggungjawab beliau...



INSYAALLAH....


Mengalih minda sekejap di sini...
Merehatkan diri...Memujuk Rasa..Menenang Emosi...
Semoga..
DiberikanNya kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab
yang diamanahkan!
:)







p/s:
Secebis bicara...setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di sini... !




1 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Moga kitak dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus dalam melakukan kebaikan di muka bumi ini...aamiin

Ya kitak...tugas guru memang berat, penat lahir dan batin. Tanpa pertolongan~Nya tak mampu kita berdiri gagah melakukannya. Biarlah penat di dunia asalkan di akhirat kelak bahagia.

Moga kitak diberikan~Nya kekuatan dalam menjalani tugas seharian..aamiin :)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran