Dalam kehidupan seharian kita..
Kita berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia..
Terkadang kita rasakan sesuatu itu mungkin kecil...
Namun besar pengertian bagi oranglain
Antara 18 Ungkapan yang sememangnya
RINGKAS...MUDAH
Namun
BESAR PENGERTIANNYA & AMAT BERMAKNA
kepada oranglain
:
:
:
:
:
V
****************************************
Oleh
kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata
penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan bermakna.
Perkataan
seperti -
Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima
kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.
2. Saya maafkan awak.
***
Kita
semua melakukan kesilapan dalam hidup.
Tanpa disedari atau tanpa niat,
kita mungkin melukakan hati
kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan
orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang
beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3. Saya sayangkan awak.
***
Satu ungkapan yang ringkas namun amat bermakna sekali.
Kata-kata ini membongkar
pemberian Ilahi yang paling fitrah,
paling murni, paling suci terhadap
manusia: kasih sayang.
Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi
kata-kata
“Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan
kasih sayang
melalui perbuatan.
4. Anda Betul...Saya sudah Salah!
***
Beberapa
kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti
pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri
terhadap kesalahan
diri.
Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas
tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala
keperitan
yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah
masa depan yang
lebih baik.
Jauhi dan buangkan rasa ego dalam diri!
5. Awak cantik.
***
Apabila
kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman,
ianya amat
bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang
menganggap kita
cantik.
6. Tak apa.
***
Apabila
kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini
membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis
dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya
untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa
segalanya pasti
akan jadi baik.
7. Saya faham.
***
Sudah
menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami,
maka tiadalah yang lebih
mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa
keseorangan, disalah fahami atau terasing
dalam pendapat diri;
seorang
sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai.
Kita tidak
semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita,
tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan,
“Saya faham.
Saya
mula nampak apa yang awak katakan.
Saya faham maksud awak.”
8. Awak selamat.
***
Apabila
kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk
mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan.
Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda,
tetapi kata-kata selamat ini
adalah sebahagian daripada penawarnya.
9. Saya mengagumi awak.
***
Adanya
orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda,
atau
terinspirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang
sangat
memberi motivasi.
Kata-kata kekaguman adalah kata-kata memberi semangat,
kerana
ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita
bahawa
kita memberi kesan baik kepada yang lain.
10. Saya sokong awak.
***
Apabila
membuat keputusan yang sukar,
yang mungkin atau mungkin tidak yang
terbaik,
ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa
ada orang bersama anda
walau apa pun.
Kenyataan seperti,
“Saya bersama awak” dan “Saya sokong
awak”
memberi kita perangsang untuk bergerak
ke depan dengan
lebih
berani.
11. Awak boleh lakukannya.
***
Apabila
anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan
rasa sangsi pada
diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna
yang cukup bererti pada
anda.
Keyakinan oranglain terhadap anda akan menyuburkan semula
kepercayaan pada diri anda
yang sepatutnya anda ada.
12. Awaklah orangnya.
***
Kata-kata seperti
saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak
istimewa.
Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit
apabila
mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang
istimewa pada
seseorang.
13. Ini semuanya untuk awak.
***
Adalah memberi besar makna dan pengertian kepada orang lain
sekiranya apa yang kita lakukan atau raikan adalah semata-mata
ikhlas untuknya.
Sekurang-kurangnya kita bukan yang mementing diri sendiri
sebaliknya masih mampu menggembirakan hati orang lain
biarpun nampak mudah atau ringkas
namun impaknya besar di jiwa orang lain.
14. Saya ada di sini untuk awak.
***
Jika
perlu teman untuk menangis,
anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini.
Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian,
masih ada orang yang dapat membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan
segala kesukaran hidup.
15. Kerja yang hebat.
***
Tahniah.
Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna.
Sama ada kita akui atau tidak,
kebanyakan kita seronok dengan
pengikirafan dari mereka yang lain
terhadap usaha-usaha kita.
Kata-kata pengiktirafan dan pujian
menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, bekerja dengan lebih kuat dan
memberi rasa harga diri.
16. Saya rindu awak.
***
Kita
tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang
yang kita
sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk
mengetahui diri
kita dirindui semasa ketiadaan kita.
Ini adalah satu cara untuk
menyatakan,
saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi
menanti saat untuk kita bersama lagi.
17. Awak penting.
***
Kita
semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu
selain
dari diri kita.
Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain,
terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting,
adalah
sangat istimewa.
18. Maafkan saya.
***
Apabila
hati sakit, meminta maaf dengan ikhlas membuka ruang untuk kemaafan
dan berbaik semula.
Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon
kemaafan
– semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kesilapan
yang dilakukan dan pastinya meredakan keadaan.
******************************************
Moga dari pertuturan yang ringkas ini..
kan dapat memelihara hati & perasaan oranglain...
Agar tiada hati yang terguris...
:)
olahan sumber : Macam2.com