CETUSAN MINDA

...Di sebalik Dugaan..




Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan 
daripada Allah SWT. 
Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan 
orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya.
Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang 
bergantung kepada tahap penerimaan mereka. 

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi
kesan yang baik.
Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah 
mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. 
Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu
supaya ia dapat membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? 
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. 
Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.



Firman Allah SWT :
“Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana 
ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. 
Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh 
mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana 
musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung.
Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah 
itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman di dalam  
surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, 
itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita.
Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, 
sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, 
hati kita berubah.



Cuba renungkan firman Allah ini:
“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. 
Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, 
bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. 
Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat 
daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi
membuat perubahan.
Ringkasnya
apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai.



Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali
ditimpa kegelisahan dan kesempitan. 
Maka ucaplah  
Hasbunallah Wanikmal Wakil 
yang bermaksud :,
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan 
Allah adalah sebaik-baik pelindung.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”.
 (Az-Zumar:10).


Firman Allah dalam 
surah Al-Mukmin ayat 60 
yg bermaksud:
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu”.



Sebagai kesimpulannya,
tiada masalah tanpa penyelesaiannya.
Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit
mempunyai penawarnya. 
Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah 
dan sebagai jalan menuju bahagia. 
Ingatlah janji Allah di dalam 

surah Al-Insyirah 
bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.....



Sumber: 
Artikel iluvIslam.com

.. Lara ...





..Senyumlah dia......


Ulang tahun kelahiran 
yang disambut bersama sepupu2 Aisha tuu...
Didahului dengan berselawat...serta doa selamat dari Ki Aisha....


Ini Kek Aisha...
:
:
V

Ini hadiah yang Aisha pilih..
:
:
V

Ini hadiah dari abang Jad untuk Aisha..
:
:
V
...Aisha cakap namanya..Bunny gengnya Dibo!
(..suka sgt tgk citer Dibo tuu...)

Ini hadiah dari Ibu...merangkap mak sedara Aisha
:
:
V
...Memang si Aisha suka mewarna.....!


Ini hadiah special dari MakCik Som..
 :
 :
V
...Sha cakap..."Cayang Acik Com"

...ermmm..
makbonda Aisha pun suka tgk coklat2 cute niii...thanks sis!


Sekian...
Untuk catatan dairi...
Besdaynya si Aisha...



:)



..Anugerah .....




...Untuk anakanda tersayang...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-6
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik berpanjangan,
dipeliharakanNya sentiasa....dianugerahkan akhlak terpuji
kecerdasan minda dan kelembutan hati
serta diberikan keberkatan membentuk anak yang solehah..
Semoga anakanda Aisha kan sentiasa 
memperolehi  petunjuk dan rahmat serta dilindungiNya selalu, 
dan diberikan  apa yang terbaik di dunia dan akhirat.

Amin....



...Alahai.. ..


1 OKTOBER..
dapat mms ...

Danish duk mamam...

4 Oktober lak..

...senyuman iras2 sepupunya..Jad,merangkap anakanda
"Jad Junior"..kata ayah Danish


Citer hari ni lakk...

7 Oktober..

....O'..Oooooooooooo!

.....masuk ward lakk Danish!



Ya Allah..
Jauhkanlah dia dari kesakitan, 
wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, 
dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan 
kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"

Amin...

...Moga Danish kan sembuh yaa..







Oh Fida..



Khas buat my dear Dik Fida
dari blog

yang menyambut Ulangtahun Kelahiran...
Dengan ucapan..

Selamat Hari Lahir..
Semoga diberikan keberkatan usia dan dirahmatiNya selalu
Sememangnya dirimu dik seorang yang baik... biarpun hubungan ukhwah terjalin
di alam maya..di ruangan blog..Namun dari firasat..
Dirimu dik seorang anak yang solehah yang indah budi pekerti
yang pastinya menjadi kebanggaan keluarga..
Semoga dik fida diberikan segala apa kebaikan
di dunia maupun di akhirat..

Amin..

:)


p/s :
...agak2 semlm tu..kes blog lenyap tu...saje2 tuu..fida.nak gurau je tuu..hehe..
... pandai juge ia buat suspen yaa...;)

....Sekadar Berusaha..


Surah AI-Isra' ayat 82 
bermaksud:
'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, 
penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'







Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:

'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 
'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit,
akan sembuh dengan izin Allah'.
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad


- Rujukan dari Ustaz Sharhan  dalam rancangan

Tanyalah Ustaz... -


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran