CETUSAN MINDA

..JANGAN Beri SEMUA...



"Andai dinda menjadi bunga...kanda menjadi kumbangnya
Andai terpisah di lautan berapi...akan diri renangi jua..
Cinta kasih di hati ini sepenuh jiwa & raga
Ibarat bintang di langit... buih-buih di lautan..
yang tiada tolak tandingannya... "


Sabda Rasullullah SAW,
" Cinta kasihmu kepada sesuatu perkara membuta & menulikan engkau"

(Riwayat At Tarmizi)



Rasullulah SAW pernah bersabda :

"Cintailah,kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu)
sekadarnya sahaja kerana suatu masa nanti
mungkin ia akan menjadi orang
 yang engkau benci...
Dan
Sekiranya membenci seseorang,bencilah seseorang sekadar sahaja
kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi orang
yang engkau kasihi.."


Sebegitulah Rasulullah memberi panduan & bimbingan
kepada kita betapa perlunya mengawal & mendidik jiwa
agar cinta kasih yang berputik di hati tidak diberikan semuanya...
tetapi  perlu jua ditinggalkan sedikit waspada,
sedikit kebencian
atau 
sekelumit kemarahan...
Agar apa jua yang berlaku di kemudian hari
masih terdapat ruang pemikiran 
serta kewarasan
dengan tiada rasa 
kekecewaan yang 
membuak ...



Mencintai,Merindui,
Mengasihi manusia
seharusnya sekadar-kadar sahaja
Melainkan mencintai 
ALLAH  &  RASUL-NYA
Perlu dengan sepenuh hati ,jiwa dan perasaan..
Kerana Itulah 
 Cinta Hakiki Yang Abadi.






Olahan sumber  :  Majalah Anis/Bil. 175-Mac2012

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran